Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU LIGA PERDANA ENGLAND

Huddersfield Town masih ada harapan

epl
Jan 20, 2019 | 05:30 AM



SELEPAS tewas lapan kali berturut-turut, akhirnya Huddersfield Town berjaya menyekat igauan buruk dengan mengutip satu mata selepas seri tanpa jaringan menentang Cardiff City di tempat lawan. Ini juga bermakna kali pertama mereka dapat mengelakkan gawangnya tanpa dibolosi setelah sekian lama.



Memang Huddersfield tiada pilihan sebenarnya, seawal mungkin mereka bangkit ia adalah lebih baik bagi survival mereka.



Apa tidaknya... dengan prestasi buruk yang bermula sejak November lepas, ini membuatkan mereka terperosok ke tangga tercorot liga! Bahkan pengurus mereka, David Wagner, menjadi mangsa pertama daripada keputusan ini.



Beliau akhirnya dipecat minggu ini berikutan prestasi buruk yang berterusan. Tempat beliau diambil alih oleh Mark Hudson, seorang jurulatih di bawah kendalian Wagner dahulu.



Hanya lapan mata memisahkan mereka dengan pasukan di tangga selamat - tangga ke 17 liga; Cardiff City. Ia pasti bukanlah tugasan yang tidak realistik untuk menyelamatkan diri dari jatuh ke divisyen bawah dengan perlawanan liga masih berbaki 16 perlawanan lagi.



Kadangkala perjuangan bagi mengelakkan pasukan dari jatuh ke divisyen bawah mampu membawa semangat baru seolah-olah ingin mengejar takhta liga!



Makanya, perlawanan minggu ini antara Huddersfield dan City bukanlah satu perlawanan biasa. Ia bakal menjanjikan persaingan sengit antara kedua-dua pasukan.



Walaupun City dijangka menang, saya kira mereka tidak akan menemui laluan mudah dari Huddersfield, malah City perlu dalam keadaan prestasi yang terbaik bagi memastikan tiga mata dalam genggaman Cityzen.



STRATEGI, FORMASI & KESEBELASAN UTAMA



Mana-mana pengurus sementara, pastinya mempunyai idaman untuk menjadi pengendali pasukan secara tetap, tidak terkecuali bagi Mark Hudson.



Jika beliau mampu menyelamatkan Huddersfield, pihak pengurusan kelab pastinya terpanggil dengan desakan peminat utuk memberikan insentif kepadanya untuk terus memimpin pasukan bagi semusim penuh.



Kembali kepada formasi dan strategi pasukan, dengan masa yang terbatas, saya tidak jangkakan Hudson bakal membuat rombakan besar-besaran. Keputusan positif di Cardiff City dengan seri tanpa jaringan pastinya merupakan landasan baik bagi Hudson memulakan tugasan barunya.



Saya jangkakan beliau bakal mengekalkan kesebelasan utama yang berjaya menyekat Cardiff pada minggu lalu. Ini bermakna beliau mungkin mengekalkan formasi 4-5-1 dengan Jonas Lossl sebagai penjaga gawang, dibentengi oleh Zanka, Christopher Schindler, Eric Durm dan Florent Hadergjonag.



Sementara Philip Billing, Jonathan Hogg, Elias Kachunga, Alex Pritchard dan Jason Puncheon di barisan tengah dan Steve Mounie sebagai penyerang tunggal, dengan Lawrence Depoitre biasanya dimasukkan sebagai penyerang tambahan bagi mendapatkan gol jika dalam keadaan terdesak.



Kembalinya Puncheon dalam kesebelasan utama merupakan antara penyebab utama pertukaran nasib Huddersfield.



Sesuatu yang menghairankan apabila Wagner akhirnya hanya menurunkan beliau dalam kesebelasan utama pada perlawanan terakhirnya sebelum beliau dipecat.



Puncheon, ketika bersama pasukan laman, Crystal Palace, sering menjaringkan gol-gol penting, dan saya jangkakan beliau berada dalam perkiraan Hudson bagi perlawanan genting ini bagi membantu Huddersfield dalam mengejutkan City.



PEMAIN TUNGGAK - JONAS LOSSL



Dengan Huddersfield hanya menjaringkan 13 gol sepanjang liga musim ini, ini bermakna Pierre-Emerick Aubameyang, Mo Salah dan Harry Kane mempunyai angka jaringan gol yang lebih membanggakan daripada Huddersfield (14 gol) - menunjukkan gambaran betapa tumpulnya jentera serangan Huddersfield.



Lantaran itu, saya lebih terdetik untuk memilih Jonas Lossl yang juga penjaga gol simpanan pasukan kebangsaan Denmark sebagai tunggak yang perlu diberikan perhatian dalam kesebelasan Huddersfield.



Sebagai benteng terakhir, Lossl bakal memainkan peransan besar bukan sahaja menyekat barisan serangan City, tetapi juga memimpin barisan pertahanan Huddersfield dalam mematahkan barisan serangan City yang amat digeruni.



Walaupun dibolosi sebanyak 37 kali dalam perlawanan liga musim ini dan berada dalam tangga tercorot liga, Huddersfield bukanlah pasukan tercorot dari sudut bolosan gol.



Bagi Lossl contohnya, musim ini sahaja beliau pernah membantu pasukannya tidak dibolosi tanpa jaringan dalam empat perlawanan liga, sama jumlahnya dengan David De Gea, secara tidak langsung menempatkannya sebagai antara top10 penjaga gawang terbaik liga Perdana.



Dalam kebanyakan perlawanan, Huddersfield sering tewas dengan perbezaan jaringan yang tipis sahaja iaitu satu gol.



Hanya dalam tiga perlawanan sahaja mereka tewas dengan tiga jaringan atau lebih; iaitu kepada City 6-1 di tempat lawan, dan ketika tewas kepada Chelsea 0-3 di tempat sendiri, itupun dalam dua perlawanan awal musim mereka. Mereka juga pernah tewas kepada Watford 3-0 di Vicarage Road.



Namun apa yang menghambat langkah Huddersfield ialah tumpulnya jentera serangan mereka untuk mengimbangi gol yang dibolosi.



Pastinya jika Huddersfield ingin mengejutkan City atau sekurang-kurangnya mencuri satu mata, Lossl perlu berada dalam prestasi terbaiknya, dan pasukannya perlu lebih tajam dalam membuat sentuhan penyudah.



  • Ahmad Yasir MY ialah penulis sambilan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >