Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Hudson-Odoi bantu Forest peroleh satu mata lawan Burnley

Sep 19, 2023 | 02:33 PM

NOTTINGHAMSHIRE: Callum Hudson-Odoi menjaringkan gol penyamaan dalam penampilan pertamanya untuk Nottingham Forest, sekali gus membantu pasukan itu mengutip satu mata dalam perlawanan menentang Burnley yang berakhir dengan seri 1-1.

Burley nampaknya dapat mengawal permainan tetapi pemain baru Nottingham Forest, Hudson-Odoi, memusnahkan benteng pertahanan Burnley dengan rembatan ke penjuru gawang lawan pada minit ke-61.

Ini setelah Burnley mendahului dalam separuh masa pertama melalui rembatan Zeki Amdouni yang dihasilkan menerusi gerakan menarik oleh Lica Koleosho.

Penyerang Switzerland itu, yang menjaringkan gol kemenangan di padang Nottingham Forest dalam perlawanan Piala Carabao hanya 20 hari lalu, memberi tanda amaran kepada penjaga gawang Matt Turner dengan sepakan menyengat dari jarak jauh sebelum menjaringkan gol dengan tenang.

Pasukan bimbingan Vincent Kompany itu menyangka bahawa mereka telah meraih kemenangan 12 minit sebelum tamat perlawanan apabila Lyle Foster menjaringkan gol dari jarak dekat.

Namun ia dibatalkan kerana bola terkena tangan Sander Berge sebelum jaringan tersebut.

Malam Burnley semakin mengecewakan apabila penjaring terbanyak Foster dikenakan kad merah kerana bertindak ganas semasa waktu kecederaan dengan menyiku Ryan Yates.

Selepas tiga kekalahan berturut-turut, keputusan itu membolehkan Burnley berusaha mengubah nasib mereka musim ini, manakala Nottingham Forest memulakan musim mereka dengan baik – memperoleh tujuh mata daripada lima perlawanan. – Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3