Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26

Ibrahimovic didenda kerana libat dalam judi bola sepak

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH

Ibrahimovic didenda kerana libat dalam judi bola sepak

May 28, 2021 | 05:30 AM

AUSANNE: Pemain bola sepak Sweden dan AC Milan, Zlatan Ibrahimovic, didenda 50,000 euro ($80,750) oleh Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) kerana pembabitannya dalam syarikat pertaruhan.

Presiden badan rayuan Uefa turut mengarahkan pemain berusia 39 tahun itu menarik diri daripada sebarang kaitan dengan laman sesawang perjudian itu.

Perbuatan Ibrahimovic melanggar peraturan Uefa berkenaan "integriti perlawanan dan pertandingan".

AC Milan turut didenda 25,000 euro di atas kesalahan "pemainnya mempunyai kaitan kewangan dengan syarikat pertaruhan".

Bulan lalu akhbar Sweden mendakwa Ibrahimovic melabur dalam laman perjudian Bethard yang berpangkalan di Malta.

Laporan itu menambah bahawa syarikat Ibrahimovic pemilik keempat terbesar Bethard, yang menurut laporan tahunan terkini pada 2019, memperoleh keuntungan selepas cukai £25.79 juta ($48.18 juta).

Uefa turut mengumumkan siasatan mereka terhadap dakwaan pembabitan Ibrahimovic dalam syarikat pertaruhan.

Ia selaras dengan peraturan disiplin Uefa dan seorang inspektor etika dan badan Uefa dilantik bagi menyiasat salah laku Ibrahimovic.

Sebelum ini, media Sweden melaporkan Ibrahimovic berdepan risiko dihukum kerana pelaburannya, yang melanggar peraturan Uefa dan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3