Topik diikuti
Pergi ke BHkuIbrahimovic dijangka sertai AC Milan
Ibrahimovic dijangka sertai AC Milan
Ibrahimovic dijangka sertai AC Milan
BAKAL KEMBALI BERAKSI: Sumber-sumber yang rapat dengan AC Milan berkata kelab tersebut yakin bahawa Zlatan Ibrahimovic akan kembali menyertai kelab tersebut. - Foto REUTERS -
Dec 28, 2019 | 5:30 AM
MILAN: Bekas penyerang Sweden dan Manchester United, Zlatan Ibrahimovic dikatakan sedang mengadakan rundingan dengan kelab Italy, AC Milan, untuk menyarung jersi pasukan Seria A itu.
Difahamkan, terdapat beberapa kelab yang berminat mendapatkan khidmat pemain berusia 38 tahun itu, yang kini bebas menyertai mana-mana kelab setelah kontraknya dengan pasukan Major League Soccer (MLS) di Amerika Syarikat tamat di penghujung musim.
