Ibrahimovic kembali selepas 5 tahun menyepi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ibrahimovic kembali selepas 5 tahun menyepi

Tiga bekas juara menang mudah
Mar 27, 2021 | 5:30 AM

Ibrahimovic kembali selepas 5 tahun menyepi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
MASIH LIGAT BERAKSI: Ibrahimovic (kanan) kembali beraksi untuk Sweden dalam kemenangan 1-0 pasukan ke atas Georgia kelmarin. Pada usia 39 tahun, beliau menjadi pemain tertua mewakili Sweden selepas penjaga gol Thomas Ravelli. - Foto AFP
MASIH LIGAT BERAKSI: Ibrahimovic (kanan) kembali beraksi untuk Sweden dalam kemenangan 1-0 pasukan ke atas Georgia kelmarin. Pada usia 39 tahun, beliau menjadi pemain tertua mewakili Sweden selepas penjaga gol Thomas Ravelli. - Foto AFP -

BINTANG Sweden Zlatan Ibrahimovic menandakan kepulangannya dalam bola sepak antarabangsa setelah lima tahun menyepi dengan melakukan 'assist' apabila Sweden menewaskan Georgia 1-0 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B mereka kelmarin.

Hantaran voli pemain berusia 39 tahun itu kepada Viktor Claesson membuka peluang Claesson menjaringkan gol sebelum waktu rehat.

Kemunculan semula Ibrahimovic bermakna beliau menjadi pemain tertua mewakili Sweden.

Penyerang AC Milan itu mengalahkan rekod sebelumnya, 38 tahun dan 59 hari, yang dipegang penjaga gol Thomas Ravelli.

"Saya rasa gembira. Ia seperti perlawanan antarabangsa pertama saya. Saya tetap ghairah," kata Ibrahimovic kepada Sverige Radio.

"Saya rasa saya boleh lakukan lebih banyak, tapi kami menang perlawanan, dan itu yang paling penting," tambahnya.

Dalam perlawanan lain, gol hasil Leon Goretzka, Kai Havertz dan Ilkay Gundogan memberikan Jerman kemenangan 3-0 ke atas Iceland dalam kumpulan J kelmarin.

Perlawanan itu berlangsung meskipun dua pemain Jerman, Jonas Hofmann dan Marcel Halstenberg, dikuarantin awal kelmarin setelah Hofmann diuji positif bagi covid-19 dan Halstenberg dikenal pasti sebagai kontak dekatnya.

Italy juga menikmati permulaan selesa dalam kempen kelayakan mereka dengan mengalahkan Ireland Utara 2-0 dalam kumpulan C kelmarin.

Dua gol dalam 39 minit pertama perlawanan menerusi Domenico Berardi dan Ciro Immobile menjamin kemenangan buat Italy yang bertekad untuk menebus kekecewaan setelah gagal melayakkan diri ke Piala D*unia 2018. - agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg