Ibrahimovic sambung kontrak bersama Milan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ibrahimovic sambung kontrak bersama Milan

Jul 20, 2022 | 5:30 AM

Ibrahimovic sambung kontrak bersama Milan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
MASH DIKEHENDAKI: Ibrahimovic akan beraksi bagi Milan melepasi umurnya 41 tahun Oktober ini. - Foto fail
MASH DIKEHENDAKI: Ibrahimovic akan beraksi bagi Milan melepasi umurnya 41 tahun Oktober ini. - Foto fail -

LONDON: Bintang bola sepak Sweden Zlatan Ibrahimovic telah melanjutkan kontraknya bersama AC Milan selama setahun, bermakna beliau akan menyarung jersi kelab Serie A Italy itu melepasi umurnya 41 tahun.

Ibrahimovic, yang mencecah usia itu Oktober ini, menjaringkan lapan gol dalam liga musim lalu, membantu Milan mengatasi seteru sekota Inter Milan untuk menjadi juara.

Beliau menjalani pembedahan di lutut Mei lalu dan dijangka tidak beraksi lapan bulan.

Pada akhir musim lalu, Ibrahimovic memberitahu wartawan beliau tidak dapat tidur selama enam bulan sebelum menjalani pembedahan kerana dalam kesakitan.

Bekas bintang Manchester United dan Paris St-Germain itu menyertai semula Milan pada 2020, membantu mereka menjulang mahkota Serie A pertama mereka dalam 11 tahun.

Ibrahimovic turut bersama kelab itu kali terakhir ia memenangi kejuaraan Serie A, atau Scudetto. Beliau dipinjamkan oleh Barcelona kepada Milan dan menjaringkan 14 gol dalam 29 perlawanan.

Menyusuli itu, beliau mengikat kontrak tetap bersama Milan, tetapi beredar untuk menyertai PSG pada akhir musim 2011-2012.

Ibrahimovic, penjaring gol terbanyak bagi Sweden - 62 gol dalam 121 perlawanan - bukan satu-satunya pemain berusia 40-an tahun yang masih beraksi dalam liga terunggul di Eropah.

Kapten Real Betis, Joaquin, yang menyambut ulang tahun ke-41 tahun esok, telah pun melanjutkan selama setahun kontraknya bersama kelab La Liga Sepanyol itu. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg