Topik diikuti
Pergi ke BHkuIbrahimovic 'umum' ketibaan dengan gol kemenangan MU
Ibrahimovic 'umum' ketibaan dengan gol kemenangan MU
Ibrahimovic 'umum' ketibaan dengan gol kemenangan MU
TROFI PERTAMA MUSIM: Kapten United, Wayne Rooney, menjulang Perisai Masyarakat selepas kejayaan 2-1 ke atas Leicester di Wembley kelmarin. Di kanannya ialah bintang baru pasukan yang menyumbatkan gol kemenangan United, Zlatan Ibrahimovic. - Foto REUTERS -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Aug 9, 2016 | 5:30 AM
LONDON: Zlatan Ibrahimovic 'mengumumkan' kehadirannya dalam bola sepak England dengan menyumbatkan gol kemenangan minit ke-83 semasa pasukan barunya, Manchester United, mengatasi Leicester City 2-1 untuk menjulang Perisai Masyarakat di Wembley kelmarin.
'Senyap' bagi sebahagian besar perlawanan, bekas penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu bagaimanapun berjaya menangis cabaran Wes Morgan untuk menanduk gol kemenangan United bagi menghadiahkan trofi pertama pengurus baru pasukan, Jose Mourinho.
