Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU KUMPULAN D: ICELAND LAWAN NIGERIA

Iceland azam tewaskan Nigeria

Jun 22, 2018 | 05:30 AM



VOLGOGRAD (Russia): Iceland akan terus berusaha menghidupkan impian untuk meloloskan diri daripada peringkat kumpulan Piala Dunia sulungnya ini apabila berentap dengan skuad muda Nigeria dalam satu perlawanan Kumpulan D di sini mulai 11 malam ini (waktu Singapura).



Negara yang paling kecil untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia ini sudah pun mendapat tumpuan meluas selepas menyekat juara dunia dua kali, Argentina, 1-1 dalam pertarungan pembukaan mereka pada Sabtu lalu.



Sekalipun diundi dalam kumpulan yang sukar yang turut menampilkan Croatia, Iceland yang sebahagian besar skuadnya terdiri daripada pemain separuh profesional, mendambakan impian menduduki dua tangga teratas kumpulan, sekali gus mengorak langkah ke pusingan kalah mati.



Kemenangan ke atas Nigeria hari ini akan meletakkan pasukan dari Nordic itu semakin hampir dengan impiannya - untuk mengulangi laluan hebatnya di Euro 2016 apabila Iceland melangkah sejauh ke suku akhir yang turut menyaksikan mereka menyingkirkan England.



Namun, penolong jurulatih Iceland, Helge Kolvidsson, tidak menjangkakan laluan yang mudah bagi pasukannya.



"Mereka mempunyai pengalaman luas di Piala Dunia... melayakkan diri lima kali dan tiga kali melayakkan diri daripada peringkat kumpulan. Kami di sini hanya untuk kali pertama," ujar Kolvidsson.



Jurulatih Nigeria, Gernot Rohr, yang membawa skuad paling muda di temasya Russia ini dengan purata usia hanya 25 tahun, pula mengatakan bahawa pertemuan dengan Iceland sebagai perlawanan di mana pasukannya tidak mampu kalah.



Pasukan bergelar 'Super Eagles' itu melayakkan diri ke pusingan kalah mati di Piala Dunia Brazil empat tahun lalu tetapi kini semakin tertekan selepas kekalahan 0-2 kepada Croatia dalam perlawanan pembukaannya.



Skuad Nigeria, yang termasuk penjaga gawang berusia 19 tahun, Francis Uzoho, begitu berbeza sekali berbanding pasukannya yang penuh berpengalaman semasa tewas kepada Perancis di pusingan 16 pasukan terakhir di temasya empat tahun lalu.



"Kekadang cara kami bertahan begitu kebudak-budakan terutama dalam menghadapi set-pieces tetapi kami akan berusaha memperbaiki kelemahan ini," tegas Rohr sambil melahirkan harapan pasukannya masih berpeluang melangkah lebih jauh kejohanan ini.



"Kami kini hanya satu mata di belakang (Iceland) dan segalanya masih berada dalam tangan kami... jadi kami perlu positif. Biarkan mereka belajar daripada kekalahan (kepada Croatia) dan cuba bangkit," ujar bekas jurulatih Bordeaux itu lagi. - AFP, Reuters.



Ramalan BH:



Nigeria 0

Iceland 1




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >