IKHSAN FANDI, 21 tahun
FK Jerv, 1 Divisyen di Norway
IKHSAN, yang juga adik kepada Irfan, adalah satu-satunya pemain bola sepak nasional yang kini beraksi di Eropah.
Namanya telah mengharum di Norway sejak 2019 apabila beliau menjaringkan enam gol dalam 37 perlawanan bagi kelab pertama Raufoss IL.
Namun awal tahun ini, namanya menjadi sebutan dalam kalangan peminat Jerv pula, selepas gol yang dijaringkannya menyelamatkan kelab itu daripada terpaksa melalui pusingan kalah mati untuk memelihara kedudukannya dalam liga.
Ikhsan, yang juga dianggap sebagai penyerang utama dalam pasukan bola sepak nasional, telah menjaringkan lima gol dalam 13 perlawnaan bagi Jerv setakat ini.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg