Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SETEMPAT

Ikhsan kembali ke Asia Tenggara untuk lebih beraksi

Jan 14, 2022 | 05:30 AM



BELIAU kembali ke Asia Tenggara selepas tiga tahun menyerantau di Eropah kerana dambakan lebih banyak peluang beraksi.



Dan kelmarin, menyarung jersi BH Pathum United bagi perlawanan kedua, Ikhsan Fandi menjaringkan dua gol bagi membantu kelab barunya itu menang 4-1 ke atas Songkhla dalam Piala Liga Thai.



Sabtu lalu, beliau membuat penampilan sulungnya dalam Liga 1 Thai dari bangku simpanan ketika BG Pathum seri 1-1 menentang Ratchaburi FC.



Rupa-rupanya, Ikhsan, 22 tahun yang berpindah ke Thailand lebih sekitar seminggu lalu, tidak perlu menunggu lama untuk menyesuaikan diri dengan rentak permainan di Thailand.



Bercakap kepada Berita Harian semalam, Ikhsan berkata:



"Setakat ini, semuanya berjalan dengan sangat baik. Saya rasa gembira dapat menjaringkan dua gol itu semalam, dan saya akan terus berusaha gigih untuk menyumbat lebih banyak gol dan membantu BG menang perlawanan."



Ikhsan pertama kali diumumkan sebagai pemain BG Pathum United pada Disember lalu, semasa Piala Suzuki AFF berlangsung, apabila kelab itu menerbitkan video khas di media sosial.



Ini bermakna Ikhsan menyertai abangnya, Irfan, 24 tahun, yang juga beraksi di kelab juara Thai itu, dan akan bersama mewakili kelab tersebut dalam Liga Juara-Juara AFC musim ini.



Ikhsan, yang meninggalkan FK Jerv di Norway - yang meloncat ke divisyen terunggul negara itu musim ini - mengikat kontrak dua setengah tahun dengan BG.



Ini walaupun beliau masih terikat kontrak sehingga hujung tahun ini dengan Jerv dan terpaksa membatalkan baki kontrak tersebut untuk ke Thailand.



Langkah itu mengakhiri tempoh tiga tahun di Norway, di mana beliau turut menyarung jersi Raufoss IL pada 2019 sebelum berpindah ke Jerv pada tahun selanjutnya.



Dalam tempoh itu, beliau menjaringkan 16 gol dalam 77 perlawanan, iaitu secara purata satu gol bagi setiap 199 minit beliau beraksi di padang.



Menurut Ikhsan, beliau merebut peluang beraksi di Thailand dengan harapan diberikan lebih banyak peluang untuk beraksi.



"Saya ingin mula lembaran baru dan mendapat lebih banyak minit beraksi di padang sebab masa permainan adalah penting di tahap kerjaya saya buat masa ini," kata Ikhsan.



Ditanya sama ada bermain di liga Asean adalah satu langkah mundur ke belakang dalam kerjayanya berbanding jika beliau kekal beraksi di Eropah, Ikhsan tidak bersetuju malah menyifatkan liga Thai sebagai "satu cabaran baru" bagi dirinya.



"Pasukan nasional Thailand adalah antara pasukan terhandal di Asia Tenggara dan anda jelas boleh melihat bagaimana mereka begitu kuat dalam Piala Suzuki AFF baru-baru ini.



"Liga Thai sangat kompetitif dan ini adalah cabaran baru bagi saya," kata anak kedua legenda bola sepak negara Fandi Ahmad itu, yang buat masa ini telah menjaringkan 11 gol dalam 25 perlawanan antarabangsa.



"Saya ghairah untuk masa depan saya di sini."



Selain menyarung jersi Home United (2016) dan Singa Muda (2017-2018) dalam Liga Perdana Singapura, Ikhsan belum pernah bermain dalam liga lain di rantau Asia.



Ikhsan, yang menyarung jersi nombor 99, menyertai BG Pathum - juara bertahan liga - pada pertengahan musim, dengan kelab itu kini menduduki tangga kelima dalam Liga 1 Thai - lima mata di belakang pendahulu Bangkok United.



Ia boleh merapat jurang apabila bertemu Muangthong United pada lusa nanti.



Buat masa ini, Ikhsan berkata beliau sedang menyesuaikan diri dengan baik dalam BG.



"Dari segi gaya permainan pasukan, saya fikir peranan saya dalam pasukan sedikit sebanyak masih seperti biasa cuma saya akan perlu mendengar nasihat baru dan belajar dari kakitangan jurulatih," tambahnya.



"Mudah-mudahan saya dapat menjadi juara (Liga 1 Thai) bersama BG."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >