Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK THAILAND

Ikhsan menyengat

Jaring lima gol dalam enam penampilan bagi kelab Liga 1 Thai BG Pathum United
Feb 04, 2022 | 05:30 AM



PENYERANG Singapura Ikhsan Fandi terus menunjukkan taring di depan gol selepas berjaya mencipta gol kelima beliau dalam enam penampilan bagi kelab barunya, BG Pathum United.



Gol terkini Ikhsan muncul kelmarin ketika juara bertahan Liga 1 Thai, BG Pathum United, menumpaskan Port FC 2-0 dalam pusingan kelompok 16 pasukan terakhir Piala FA Thai.



Ikhsan, 22 tahun, menyertai BG Pathum United di bawah kontrak dua setengah tahun dari kelab Norway FK Jerv pada Disember lalu.



Sejak itu, beliau memukau bola sepak Thailand dengan prestasi cemerlangnya di padang.



Bintang penyerang pasukan Singa itu kini telah menyumbat dua gol Liga 1 Thai, dua gol (Piala Liga Thai), dan satu gol (Piala FA Thai).



Selain itu, beliau melakukan satu assist (Liga 1 Thai) daripada enam perlawanan dalam semua pertandingan buat BG Pathum United.



Dalam perlawanan di Stadium BG kelmarin, Ikhsan, yang digelar 'Singapore Airlines' di Norway kerana keupayaannya menanduk bola tinggi, menghasilkan gol 'trademark' beliau apabila melompat tinggi dan menanduk bola hantaran lintang Santiphap Channgom ke dalam gawang lawan pada minit ke-26.



Penyerang veteran Thailand Teerasil Dangda kemudian menjamin kemenangan pasukan The Rabbits (gelaran BG Pathum United) dengan jaringannya 10 minit sebelum wisel penamat.



Abang Ikhsan, Irfan Fandi, yang bermain di bahagian pertahanan BG Pathum United, turut beraksi dalam perlawanan itu.



Ini kali kedua pasangan adik-beradik itu diturunkan bersama dalam pasukan BG Pathum United.



Kali pertama mereka beraksi bersama ialah dalam perlawanan Liga Thai 1 BG Pathum United menentang Nongbua Pitchaya yang seri 1-1 dua minggu lalu.



Kemenangan 2-0 kelmarin bermakna BG Pathum United berjaya melayakkan diri ke suku akhir Piala FA Thai.



Bercakap kepada media rasmi kelab itu sebelum ini, Ikhsan berkata Liga Thai ialah pentas sesuai untuk beliau memaparkan potensinya.



"Saya ingin membuktikan keupayaan saya dalam Liga Thai dan menunjukkan kebolehan saya yang sebenar bahawa saya boleh bersaing dengan pemain terbaik di rantau ini, termasuk pemain asing lain, dan menjaringkan seberapa banyak gol yang termampu untuk menyokong pasukan saya," katanya.



Selepas beraksi dalam 19 perlawanan, BG Pathum United mengutip 33 mata dan kini menduduki tangga keempat dalam liga sebanyak 16 pasukan itu.



Mereka berada sembilan mata di belakang pasukan pendahulu, Buriram United.



Penyertaan Ikhsan dalam kesebelasan pasukan itu diharap dapat membantu BG Pathum United mengejar pasukan lain dalam liga untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Asia.



BG Pathum United baru-baru ini turut dirangsang dengan kehadiran ketua jurulatih baru, Makoto Teguramori.



Warga Jepun berusia 54 tahun itu dilantik minggu lalu dan akan tiba di Thailand awal bulan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >