Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ikhsan pemain ke-17 terbaik di Asia

Feb 8, 2023 | 5:30 AM
DIIKTIRAF ANTARA YANG TERBAIK: Ikhsan warga Singapura pertama disenaraikan dalam ranking Anugerah Pemain Bola Sepak Terbaik Asia 2022. - Foto FAS
DIIKTIRAF ANTARA YANG TERBAIK: Ikhsan warga Singapura pertama disenaraikan dalam ranking Anugerah Pemain Bola Sepak Terbaik Asia 2022. - Foto FAS -

PENYERANG Singapura Ikhsan Fandi pemain bola sepak ke-17 terbaik di Asia bagi 2022.

Pemain berusia 23 tahun itu, yang menyarung jersi kelab Liga 1 Thai BG Pathum United, disenaraikan dalam ranking Anugerah Pemain Bola Sepak Terbaik Asia 2022 anjuran akhbar China Titan Sports kelmarin.

Pencapaian Ikhsan menjadikan beliau warga Singapura pertama meraih pengiktirafan itu sejak anugerah tersebut diperkenal pada 2013.

Anugerah tahunan itu disampaikan kepada pemain yang memperoleh prestasi terbaik bagi bola sepak Asia pada tahun kalendar sebelumnya.

Ia diilhamkan berdasarkan Ballon d'Or, iaitu anugerah tahunan bola sepak yang diberikan oleh majalah Perancis France Football.

Ikhsan menduduki tempat ke-17 bersama Saeid Ezatolahi (Iran/kelab Al Gharafa tetapi dipinjamkan ke Vejle), Craig Goodwin (Australia/Adelaide United), Jung Woo-young (Korea Selatan/Al-Sadd) dan Jamie Maclaren (Australia/Melbourne City), dengan empat mata.

Anugerah Pemain Bola Sepak Terbaik Asia tahun ini dimenangi penyerang Korea Selatan bagi kelab Liga Perdana England Tottenham Hotspur, Son Heung-min.

Kemenangan itu adalah yang keenam berturut-turut Son sejak 2017.

Secara keseluruhan, Son telah merangkul gelaran itu lapan kali, menjadikan beliau pemenang terbanyak anugerah tersebut.

Dua lagi bintang bola sepak Asean, Theerathon Bunmathan (Thailand/Buriram United) dan Nguyen Tien Linh (Vietnam/Becamex Binh Duong), turut tercalon tahun ini.

Theerathon menduduki tempat kesembilan, manakala Nguyen berada di tangga ke-29.

Seramai 60 juri membentuk panel pengadil anugerah itu. Mereka terdiri daripada 40 wakil daripada persatuan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan 20 pakar bola sepak Asia bebas atau daripada media berprofil tinggi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg