Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Ikhsan terus pamer sentuhan berbisa

Apr 08, 2022 | 05:30 AM



PENYERANG muda asal Singapura, Ikhsan Fandi, meneruskan sentuhan emas di depan gawang bagi kededua negara dan kelab apabila beliau menjaringkan empat gol bagi BG Pathum United kelmarin.



Gol-gol itu, yang dijaringkan dalam tempoh 11 minit antara minit ke-20 dengan minit ke-31, adalah yang terpantas seorang pemain menjaringkan empat gol dalam Liga Thai.



Dibandingkan dengan pemain bola sepak profesional lain, jaringan itu bermakna beliau adalah pemain kedua terpantas meraih pencapaian itu pada kurun ke-21 ini, hanya di belakang bintang Poland Robert Lewandowski yang menjaringkan lima gol dalam sembilan minit semasa mewakili Bayern Munich menentang VfL Wolfsburg pada 2015.



Bintang Paris Saint-Germain dan Perancis, Kylian Mbappe, pula menjaringkan empat gol dalam 13 minit semasa PSG menewaskan Olympique Lyon 5-0 pada musim 2018-19.



Sumbangan Ikhsan itu membolehkan pasukannya menang besar 7-2 ke atas PT Prachuap FC.



Buat masa ini, Ikhsan telah menjaringkan sembilan gol dalam 13 perlawanan bagi BG Pathum musim ini, dan menjaringkan 13 gol dalam 26 perlawanan bagi Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >