Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ikhsan tinggalkan kelab Norway; sertai abangnya Irfan di kelab juara Thailand

Dec 24, 2021 | 05:30 AM



IKHSAN Fandi akan menyarung jersi juara bertahan Thailand, BG Pathum, tahun depan, menyertai abangnya, Irfan, di kelab yang berpangkalan di Bangkok itu.



Beliau menyertai kelab itu dari kelab liga utama Norway FK Jerv, selepas mengikat kontrak dua setengah tahun



Difahami, BG Pathum membayar lebih AS$50,000 ($68,300) untuk mendapatkan khidmat Ikhsan, dengan gaji pemain berusia 22 tahun itu melonjak daripada lima angka kepada enam angka setahun.



Kelab tersebut membuat pengumuman itu sejurus sebelum perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Singapura dengan Indonesia malam kelmarin.



Ia telah menerbitkan video menerusi saluran BG Channel di media sosial, di mana Irfan memberitahu penonton beliau mempunyai hadiah buat mereka, sebelum menyerahkan bungkusan kepada Ikhsan.



Menyusuli itu, Ikhsan muncul dengan jersi nombor 99 sambil berkata:



"Saya tidak sabar hendak berjumpa dengan anda semua selepas Piala AFF Suzuki."



Mengulas mengenai perkembangan itu, Ikhsan berkata:



"Saya ghairah untuk bergandingan dengan Irfan dalam Liga Satu Thai (T1) dan dalam Liga Juara-Juara AFC tahun depan dan berharap untuk menjaringkan gol bagi BG dan mempertahankan kejuaraan.



"Saya amat menghargai masa di Norway, di mana saya menambah ilmu dan pengalaman semasa bermain dengan pemain yang lebih fizikal dan mempunyai keupayaan teknikal baik... juga kerana saya dapat memainkan peranan dalam membantu pasukan naik ke divisyen lebih tinggi. Saya sedih untuk meninggalkan kelab itu, tetapi saya rasa sudah tiba masanya saya menyahut cabaran baru.



"Saya masih muda dan saya masih menaruh harapan untuk beraksi dalam liga tertinggi di Asia atau Eropah. Saya akan terus bekerja keras untuk menunjukkan keupayaan saya di BG supaya dapat mencapai matlamat ini."



BG, yang kini menduduki tangga kelima, lima mata di belakang pendahulu liga Buriram United selepas 15 perlawanan, hanya menjaringkan 16 gol setakat ini.



Kehadiran Ikhsan diharap dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh penyerang asal Brazil, Diogo, yang kini tidak dapat bermain akibat masalah kecederaan.



Ikhsan, yang telah menjaringkan 11 gol dalam 24 perlawanan bagi Singapura mula menyerantau di Norway selepas mendapat tawaran kontrak dari kelab divisyen kedua, Raufoss IL, pada 2019.



Pada musim selanjutnya, beliau menyertai Jerv dengan kontrak sehingga akhir tahun depan.



Dalam kerjaya tiga tahun di Norway, Ikhsan telah menjaringkan 16 gol dalam 77 perlawanan, yang memberikannya nisbah satu gol setiap 199 minit.



Buat masa ini, beliau telah menjaringkan tiga gol dalam empat perlawanan di Piala AFF Suzuki, termasuk gol penting bagi membantu pasukan negara seri 1-1 dalam pertemuan pertama separuh akhir malam kelmarin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >