Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ikhsan tunjuk kelas dalam 3 perlawanan awal Liga Thai

Bintang muda SG turut sumbang 3 gol untuk kelab barunya, BG Pathum
Jan 21, 2022 | 05:30 AM



PEMAIN nasional, Ikhsan Fandi, telah memberi sumbangan serta-merta kepada kelab barunya, BG Pathum, selepas menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan pertama.



Bercakap kepada media rasmi kelab itu, yang juga juara bertahan Liga Thai, Ikhsan, 22 tahun, berkata:



"Saya ingin membuktikan keupayaan saya dalam Liga Thai dan menunjukkan kebolehan saya yang sebenar bahawa saya boleh bersaing dengan pemain terbaik di rantau ini, termasuk pemain asing lain dan menjaringkan seberapa banyak gol yang termampu untuk menyokong pasukan."



BG Pathum difahami ingin memperkukuh barisan depannya dengan Ikhsan, yang sebagaimana dikongsi dengan Berita Harian (BH) dalam wawancara baru-baru ini, mendambakan lebih banyak peluang untuk beraksi.



Justeru, Ikhsan, yang berusia 22 tahun, menerima tawaran kontrak dua setengah tahun memutuskan untuk berpindah dari kelab Norway FK Jerv ke Bangkok pada bulan lalu.



"Saya telah berada di Norway selama tiga tahun dan saya perlukan permulaan yang baru," kata beliau.



Meskipun mengaku beliau kurang tahu tentang Liga Thai, beliau tidak memerlukan masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan saingan di sana.



Selepas beraksi selama 24 minit apabila Pathum diikat seri oleh Ratchaburi pada 8 Januari lalu, Ikhsan telah diberi kepercayaan untuk melengkapkan dua perlawanan berturut-turut selepas itu - kemenangan 4-1 ke atas Songkhla dalam Piala Liga pada 12 Januari - di mana beliau menjaringkan dua gol dan yang yang terkini, dalam perlawanan liga dengan Muangthong, yang berakhir 2-2 pada hujung minggu lalu.



Ikhsan menjaringkan satu gol cantik dalam perlawanan tersebut, mengawal bola dan memusingkan tubuhnya untuk merembat bola ke penjuru gawang.



Selepas beraksi dalam 17 perlawanan, Pathum mengutip 29 mata dan kini menduduki tangga kelima dalam liga sebanyak 16 pasukan.



Mereka berada enam mata di belakang pasukan pendahulu, Buriram United, yang mempunyai satu perlawanan dalam tangan.



Penyertaan Ikhsan dalam kesebelasan pasukan diharap dapat membantu Pathum mengejar pasukan-pasukan lain dalam liga untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Asia.



"Saya berasa gementar sedikit sebelum perlawanan pertama," kata Ikhsan.



"Namun saya berasa lebih yakin dan selesa selepas menghangatkan badan."



Menurut Ikhsan, beliau akan terus berusaha gigih untuk menunjukkan permainan secara konsisten.



"Tiga gol dalam tiga perlawanan adalah baik, tapi saya ingin terus berjuang kerana adalah satu matlamat peribadi untuk menjadi lebih konsisten dan terus menjaringkan gol, merintis peluang gol bagi rakan-rakan lain dan paling penting sekali membantu pasukan menang," kata Ikhsan.



Menurut Ikhsan, kehadiran abangnya, Irfan, di kelab yang sama telah banyak menolongnya.



Irfan, 24 tahun, telah menyarungi jersi Pathum sejak 2019.



"Beliau memberitahu saya liga dan persaingan di sini begitu sengit dan memberitahu saya beberapa perkara mengenai cabaran yang ada.



"Buat masa ini, saya benar-benar sedang menyesuaikan diri dengan baik, pemain yang lain begitu mesra dan adalah mudah bagi saya untuk menjalin persefahaman di dalam dan luar padang," kata Ikhsan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >