Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Iklan ‘pemain bola sepak’ sebahagian daripada keperluan MOM

Oct 23, 2023 | 04:35 PM



Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai iklan pekerjaan bagi seorang pemain bola sepak.

Iklan oleh kelab bola sepak Balestier Khalsa itu dimuat naik di beberapa portal pekerjaan seperti MyCareersFuture dan Indeed.


Gaji yang tertera adalah dalam anggaran $4,000 hingga $7,000.

Ramai warganet mempersoalkan sebab iklan pekerjaan sedemikian diletakkan, seakan-akan tidak ramai yang berminat menjadi pemain bola sepak.

Namun, langkah sedemikian diambil sebagai memenuhi satu keperluan yang ditetapkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Berkongsi kepada Berita Harian (BH), naib pengerusi kelab bola sepak Balestier Khalsa, Encik Darwin Jalil, berkata iklan tersebut dimuat naik untuk memenuhi keperluan MOM sebelum pasukan mengambil pemain asing dalam kesebelasan utama.


Beliau berkata: “Semua kelab (tempatan) perlu mematuhi keperluan ini jika ia ingin gunakan kuota pemain asing.”

Peraturan Liga Perdana Singapura (SPL) 2023 menyatakan kelab tempatan boleh mengambil khidmat empat pemain asing – salah satu daripada empat pemain itu harus berasal dari negara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Oleh demikian, untuk memohon Pas Pekerjaan (EP) bagi mendapatkan khidmat pemain asing sedemikian, pasukan perlu terlebih dahulu mengiklankan pekerjaan tersebut di portal pekerjaan, sejajar dengan Rangka Kerja Pertimbangan Adil (FCF) MOM.

Menurut laman MOM, FCF adalah langkah bagi “mempromosikan amalan pengambilan pekerjaan adil dan meningkatkan ketelusan pasaran buruh”.

Sebagai sebahagian daripada langkah FCF, pihak majikan haruslah mengiklankan pekerjaan di MyCareersFuture sekurang-kurangnya selama 14 hari berturut-turut sebelum memohon EP.


Daripada portal MyCareersFuture, iklan Balestier Khalsa itu dimuat naik sejak 7 Oktober.


Encik Darwin menambah: “Peraturan ini sudah lama ditetapkan MOM bagi kelab yang ingin memenuhi kuota asing dalam skuad mereka.”

Pemilik agensi perundingan bola sepak 2Touch International, Encik Khairul Asyraf, menyifatkan FCF sebagai proses yang boleh “melewatkan proses mendapat pekerjaan” pemain asing.

Ini menurutnya mungkin menyukarkan kelab-kelab tempatan mendapatkan khidmat pemain asing tepat pada masa, khususnya pada tempoh pemindahan pertengahan musim SPL yang agak pendek – misalnya bagi tempoh pemindahan pertengahan musim SPL 2022, ia adalah dari 1 Jun hingga 30 Jun atau sekitar empat minggu.

Ini bermakna jika tolak tempoh pengiklanan selama 14 hari berturut-turut, kelab hanya ada sekitar dua minggu untuk selesaikan permohonan EP dan hal-hal pentadbiran lain yang bersangkutan.

Beliau, yang telah berkecimpung selama 10 tahun sebagai perunding bola sepak, berkata: “Ada baiknya mungkin proses FCF tidak terpakai bagi kelab bola sepak di sini.”

Ini bukanlah kali pertama kelab bola sepak tempatan mengiklankan pekerjaan bagi pemain bola sepak.

Pada suku pertama 2021, kelab Geylang International menguar-uarkan pekerjaan bagi pemain bola sepak profesional dengan anggaran bayaran gaji $6,000 hingga $8,000.

Dalam satu respons, MOM merujuk BH kepada maklumat rangka kerja FCF yang tertera di lamannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >