Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiger Woods patah kaki, buku lali dalam nahas kereta di Los Angeles, kini kian pulih

Feb 24, 2021 | 5:38 PM
PEMBEDAHAN TULANG: Bintang golf, Tiger Woods, mengalami kecederaan tulang yang ketara dan dirawat dalam satu pembedahan cemas. - Foto NYTIMES
PEMBEDAHAN TULANG: Bintang golf, Tiger Woods, mengalami kecederaan tulang yang ketara dan dirawat dalam satu pembedahan cemas. - Foto NYTIMES -

LOS ANGELES: Bintang golf, Tiger Woods, yang mengalami kecederaan teruk menyusuli satu kemalangan kereta di dataran curam berhampiran Los Angeles sudah sedarkan diri dan kian pulih, jelas hospital yang merawatnya.

Woods, 45 tahun, mengalami kecederaan tulang yang ketara di bahagian kanan tubuhnya yang sudah dirawat sewaktu pembedahan cemas dilakukan, kata Ketua Pegawai Perubatan di Pusat Perubatan Harbor-UCLA, Dr Anish Mahajan, dalam satu kenyataan yang dimuatnaikkan ke akaun Twitter Woods.

Menurut Dr Mahajan, ikon golf itu telah melalui satu proses pembedahan yang panjang pada bahagian bawah kaki kanannya dan buku lalinya serta "dalam keadaan sedar, responsif dan kian pulih di bilik hospital".

Keretakan tulang kering dan tulang luaran (fibula) Woods dirawat dengan menggunakan pemantap berupa batang besi, skru dan pin yang juga membantu memantapkan kecederaan kaki dan buku lalinya, ujar Dr Mahajan, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sementara hospital itu, dalam pesanan Twitter-nya.

Tidak dapat dipastikan apakah kesan kemalangan itu pada kerjaya Woods.

Sewaktu kejadian berlaku, Woods sedang dalam perjalanan berliku, menuruni jalanan yang sentiasa menjadi tempat berlakuknya kemalangan, kata Sheriff Alex Villanueva dalam satu sidang akhbar pada petang Selasa (23 Februari). - Bloomberg, Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg