Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

SUKAN SETEMPAT

Ilhan Fandi antara tiga pemain baru dalam pasukan Singa

May 18, 2021 | 05:30 AM

JURULATIH pasukan bola sepak Singapura Tatsuma Yoshida menamakan skuad negara seramai 26 pemain semalam untuk berdepan tiga baki ujiannya dalam kempen Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia AFC 2023.

Pasukan Singa bakal menentang Palestin (3 Jun), Uzbekistan (7 Jun) dan Arab Saudi (11 Jun) di Riyadh, Arab Saudi, yang disahkan Mac lalu sebagai tuan rumah bagi semua perlawanan Kumpulan D.

Singapura kini menghuni tangga ketiga daripada lima pasukan - dua mata di belakang Uzbekistan dan empat mata di belakang pendahulu Arab Saudi.

Skuad Yoshida kali ini tanpa pemain tunggak negara, Safuwan Baharudin namun akan menyaksikan tiga muka baru yang mendapat panggilan sulung mereka ke pasukan nasional.

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dalam kenyataannya semalam berkata Safuwan, yang beraksi untuk kelab Liga Super Malaysia, Selangor FA, tidak disertakan setelah mengalami konkusi dua setengah minggu lalu.

Tiga muka baru itu ialah pemain midfield, Saifullah Akbar dan Idraki Adnan; dan penyerang Ilhan Fandi.

Mengulas mengenai pemilihan tiga bakat muda ini, Yoshida berkata:

"Saifullah, Idraki dan Ilhan di sini berdasarkan merit kerana mereka telah memaparkan persembahan baik dalam Liga Perdana Singapura (SPL) dan juga mengagumkan semasa sesi latihan kami Mac lalu.

"Saifullah telah mengekalkan konsistensinya dari musim lalu, sementara Idraki adalah penyerang yang menarik dan memberi kami pilihan di bahagian sayap. Ilhan mungkin masih muda, tetapi dia adalah bakat yang baik dan boleh menjadi pilihan di bahagian depan."

Dua pemain yang kini tanpa kelab, penjaga gawang Izwan Mahbud dan pemain midfield Zulfahmi Arifin, juga mendapat tempat dalam skuad Yoshida.

Duo tersebut sebelumnya menyarung jersi kelab Thailand, Samut Prakan City FC.

Sebagai sebahagian persediaan ketiga-tiga perlawanan kelayakan, pasukan Singa akan berdepan Afghanistan dalam satu perlawanan latihan tanpa penonton pada 29 Mei di Dubai, Amiriah Arab Bersatu (UAE).

Pasukan dijadual tiba di Riyadh pada 31 Mei.

Menurut pengurus pasukan Singa Eric Ong, semua pemain dan kakitangan pasukan Singa akan berangkat dari Singapura pada 25 Mei kecuali lima pemain.

Mereka adalah tiga pemain berlandasan di luar negara - M Anumanthan (Kedah Darul Aman, Malaysia); Shakir Hamzah (Perak FC, Malaysia); dan Ikhsan Fandi (FK Jerv, Norway) - dan dua pemain yang diberi izin atas sebab peribadi - Hariss Harun dan Baihakki Khaizan.

Anu, Shakir dan Ikhsan dari negara masing-masing akan bertemu skuad Singa di Dubai manakala Hariss dan Baihakki, yang di Singapura, akan membuat perjalanan langsung ke Riyadh.

Semua pemain dan pegawai yang berlandasan di Singapura juga sudah menerima kededua dos vaksin bagiCovid-19 mereka, tambah Ong.

Selain itu, kontigen pasukan Singa ketika di luar negara akan perlu mematuhi langkah keselamatan yang ketat termasuk ujian swab setiap dua hari sebelum setiap ketibaan dan perlawanan, pemeriksaan suhu badan, sekatan pergerakan yang terhad kepada hanya hotel, tempat latihan dan stadium, dan penggunaan pelitup.

Skuad Singapura bagi Kelayakan Piala Dunia 2022 terdiri daripada:

Hassan Sunny, Izwan Mahbud, Zaiful Nizam, Amirul Adli, Baihakki Khaizan, Hafiz Abu Sujad, Irfan Fandi, Madhu Mohana, Nazrul Nazari, Shakir Hamzah, Zulqarnaen Suzliman, Hami Syahin, Hariss Harun, Idraki Adnan, M Anumanthan, Saifullah Akbar, Shahdan Sulaiman, Yasir Hanapi, Zulfahmi Arifin, Faris Ramli, Gabriel Quak, Hafiz Nor, Hazzuwan Halim, Ikhsan Fandi, Ilhan Fandi dan Shawal Anuar.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3