Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Ilhan Fandi tandatangani kontrak profesional pertama bersama Albirex

Apr 22, 2022 | 05:30 AM



PENYERANG muda berbakat, Ilhan Fandi, akan membawa aksi tarian beliau - dan tentu sekali bakatnya menjaringkan gol - ke Albirex Niigata, setelah menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama juara empat kali Liga Perdana Singapura (SPL) itu.



Ilhan, 19 tahun, yang kini sedang pulih daripada kecederaan buku lali dan terlepas beraksi di Sukan SEA Hanoi bulan depan, akan menyertai Albirex sehingga hujung musim ini.



Beliau akur berasa ghairah untuk menyarung jersi pasukan bergelar The White Swans.



"Saya mahu mencapai tahap baru dan inilah di mana ia akan bermula. Masih banyak lagi yang boleh diperbaiki, dan peluang untuk belajar daripada pasukan Jepun akan memberi manfaat kepada saya. Selepas bermain empat musim bersama Singa Muda, ini adalah waktu tepat untuk saya keluar dari zon selesa saya dan mengekspresikan diri saya dengan kelab lain.



"Saya tidak sabar untuk berlatih dan bermain di samping pemain seperti Tanadari Lee dan Kodai Tanaka. Saya ingin belajar daripada mereka dan memperhalusi permainan seperti posisi ketika bermain dan cara untuk menyempurnakan jaringan, dan cuba menyumbatkan sebanyak mungkin gol untuk kelab baru saya.



"Saya tidak rasa bahasa akan menjadi halangan sebab bola sepak adalah bahasa semulajadi... dan seperti bola sepak, menari adalah satu bentuk ekspresi bagi saya dan saya ingin meraikan kemenangan dengan peminat teguh Albirex secepat mungkin."



Ilhan, anak lelaki ketiga legenda bola sepak Singapura Fandi Ahmad, telah beraksi di SPL sejak 2019 dan menjaringkan gol dalam perlawanan pertama yang dimulakannya dalam jersi Singa Muda - secara kebetulan semasa menentang Albirex. Singa Muda tewas 1-4.



Sejak itu, Ilhan telah menyumbat 13 gol dalam 33 perlawanan, mencatat kadar jaringan yang lebih baik daripada abang-abangnya - Irfan, penyerang yang kemudian bertukar menjadi pemain pertahanan (lapan dalam 43 perlawanan), dan penyerang Ikhsan (lapan dalam 34 perlawanan) - sepanjang mereka beraksi dalam SPL.



Kedua-dua abang beliau, yang kini menyarung jersi kelab gergasi Thai BG Pathum, adalah sumber motivasinya kata Ilhan yang akur beliau harus gigih berusaha keras untuk mencapai tahap mereka.



Ilhan, yang telah menjaringkan dua gol dalam tiga perlawanan musim ini menambah:



"Ia memberi inspirasi kepada saya untuk melihat mereka (kededua abangnya) beraksi cemerlang dalam Liga Juara-Juara AFC, iaitu pertandingan tahap terunggu di Asia. Saya ingin mengikuti jejak langkah mereka dan bermain di luar negara, tapi pilihan itu kurang sesuai pada masa ini kerana saya belum bersedia.



"Justeru, saya mahu membuktikan keupayaan saya di Albirex dan mencapai sasaran menjaringkan 10 gol.



"Dalam jangka panjang, saya mungkin akan cuba bermain di peringkat rendah di Eropah terlebih dahulu seperti yang dilakukan oleh Ikhsan. Beliau telah bermain dengan baik di Norway dan anda boleh lihat perbezaannya selepas beliau kembali. Saya mahukan pendedahan yang sama jika diberi peluang itu."



Jurulatih Albirex, Kazuaki Yoshinaga, berkata: "Ilhan berpotensi besar... saya harap beliau dapat membantu membuat perubahan untuk kami dalam aspek pasukan semasa menyerang.



"Kami menawarkannya peluang untuk berkembang bersama kami dan berharap beliau mampu bermain di peringkat lebih tinggi kelak."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >