Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ilhan kian berazam kejar impian jadi pemain profesional

Anak ketiga Fandi Ahmad seronok belajar, latih bola sepak di Britain sejak Sep lalu
Jan 13, 2018 | 05:30 AM



DIA baru berusia 15 tahun tetapi Ilhan Fandi - anak ketiga legenda bola sepak nasional Fandi Ahmad - berpeluang bukan sahaja bermain dengan rakan sebaya, malah dengan pasukan bawah 18 tahun.



Ilhan juga kini semakin dapat menyesuaikan diri dengan rentak permainan berintensiti tinggi serta menimba pelbagai kecekapan teknikal semasa beraksi di padang.



Itulah antara manfaat yang diraihnya sejak melanjutkan pelajaran di Kolej Queen Ethelburga di Britain pada September tahun lalu - langkah yang bertujuan juga mengembangkan lagi bakatnya dalam sukan ini.



Ilhan, yang turut tinggal di asrama kolej itu, kini menuntut di tahap Tahun 10 yang sama dengan menengah tiga jika berada di Singapura.



Memendam cita-cita menjadi seorang pemain bola sepak profesional, anak muda berbakat ini juga menjalani latihan di Akademi Bola Sepak i2i yang mempunyai rangkaian dengan kelab-kelab seperti Leeds United dan Manchester City.



Akademi itu turut menjalin kerjasama dengan Kolej York dan Universiti York St John selain menghulurkan bantuan bagi menghubungkan pemain dengan kelab di serata England.



Pulang ke tanah air sempena cuti penggal selama tiga minggu baru-baru ini, Ilhan malah lebih bersemangat mengejar cita-citanya di padang bola sepak.



"Selepas merasakan dan kini lebih tahu mengenai (tahap) bola sepak di sana, ia membuat saya lebih berazam mahu menjadi seorang pemain profesional," ujar Ilhan yang turut menyertai latihan Singa Muda (Young Lions) kendalian bapanya awal minggu ini.



"Dari sudut bola sepak... pengalaman sejauh ini bagus sekali... banyak yang saya belajar.



"Contohnya saya kini dapat sesuaikan diri saya dengan permainan berintensiti tinggi serta meningkatkan lagi kemahiran teknikal saya.



"Secara fizikal, saya juga perlu menguatkan lagi keupayaan bagi mengharungi permainan yang lebih lasak di sana.



"Saya seronok mewakili pasukan bawah 15 tahun dan bagi pasukan bawah 18 tahun, saya berpeluang menyertai mereka bagi perlawanan-perlawanan persahabatan.



"Tetapi apabila saya naik ke Tahun 11 pada September (tahun ini) nanti, barulah saya layak menyertai pasukan bawah 18 tahun itu beraksi dalam pertandingan liga.



"Permainan di sana begitu pantas... pemain-pemain juga lebih agresif, jadi cabaran saya ialah cuba bermain dengan bijak.



"Saya perlu terus tunjukkan peningkatan tetapi saya fikir saya boleh mencapai cita-cita yang dipendam ini.



"Yang penting ialah terus berlatih dengan gigih dan tidak lupa mengenai tiga 'D' yang dipesan ayah," tambah Ilhan, merujuk kepada tiga ciri-ciri positif itu iaitu disiplin, dedikasi dan determination (kesungguhan).



Di akhir pengajian selama dua tahun itu, Ilhan mempunyai pilihan melanjutkan pendidikan di sana atau pulang ke tanah air bagi menjalani perkhidmatan negara (NS) lebih awal.



Kededua abangnya, Irfan, 20 tahun, dan Ikhsan, 18 tahun, sebelum ini juga pernah mengikuti latihan di luar negara termasuk di Sepanyol dan Chile.



Mereka akan menamatkan NS tahun ini dan telah menyuarakan hasrat mahu mencuba nasib mendapatkan tawaran bermain secara profesional di Eropah.



Mengulas pengalaman yang dilalui Ilhan sejak tiga bulan di Kolej Queen Ethelburga, Fandi, pemain pertama Singapura untuk ditawarkan kontrak profesional di Eropah bersama kelab Belanda FC Groningen pada 1983, berkata:



"Alhamdulillah, Ilhan semakin dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di sana, membuat ramai kawan.



"Saya lihat dia begitu bersemangat mahu mencapai cita-citanya. Program yang dilaluinya turut menampilkan kelas strength conditioning tiga kali seminggu... sesuatu yang akan memanfaatnya apabila bersaing dengan pemain-pemain lebih lasak di sana."



Ditanya Ilhan pula mengenai impian terbesarnya, anak muda yang mudah melontarkan senyuman itu berkata:



"Saya meminati kededua Arsenal dan Barcelona tetapi saya berharap dapat menyarungi jersi Barcelona suatu hari nanti."



Ilhan sudah pun berlepas ke Britain awal pagi kelmarin bagi penggal baru kolejnya itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >