Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOWLING

Iliya antara 5 wakil SG layak ke 'match play' di kejohanan dunia bowling di Dubai

Nov 10, 2021 | 05:30 AM



ATLET bowling negara Iliya Syamim Muhd Azni, yang sedang beraksi buat julung-julung kali di Kejohanan Super Sedunia Persekutuan Bowling Antarabangsa (IBF) Dubai, telah melayakkan diri ke pusingan lanjut perseorangan wanita.



Beliau menyertai lagi empat wakil Singapura yang melayakkan diri ke pusingan match play - yang menampilkan 32 peserta teratas di kalangan 92 peserta yang beraksi.



Iliya menduduki tempat ke-14 selepas menjatuhkan 2,238 pin.



Lagi tiga pemain bowling wanita negara - Cherie Tan, Shayna Ng dan New Hui Fen - serta wakil kategori lelaki Darren Ong juga melayakkan diri ke pusingan selanjutnya pertandingan yang berlangsung di Pusat Bowling Antarabangsa Dubai.



Tan muncul di tempat ketiga selepas menjatuhkan 2,374 pin dalam 10 permainan, diikuti dengan Ng yang berada di tempat ke-10 selepas menjatuhkan 2,259 pin.



New menduduki tempat ke-11 dengan 2,253 jatuhan pin.



Awal daripada itu, Ong juga melayakkan diri ke pusingan match play selepas menjatuhkan 2,324 pin di peringkat kelayakan.



Beliau mengakhiri pusingan itu di tangga ke-10.



Rakan sepasukan Jonovan Neo menjatuhkan 2,227 pin untuk mengakhiri pusingan kelayakan terikat di tangga ke-32 bersama peserta Finland Tomas Kayhko.



Beliau akan beraksi menentang Kayhko dalam satu pertemuan roll-off untuk memastikan peserta yang mara ke pusingan selanjutnya.



Pemain bowling Singapura yang lain Cheah Ray Han yang menjatuhkan 2,102 pin, dan Jomond Chia yang menjatuhkan 2,067 pin, masing-masing muncul di tempat ke-69 dan ke-75 pusingan kelayakan lelaki.



Dalam pusingan selanjutnya, peserta akan dibahagikan kepada empat kumpulan terdiri dari lapan anggota setiap satu - dengan dua peserta teratas setiap kumpulan berpeluang mara ke pusingan suku akhir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >