Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA KEMBOJA 2023

Impian atlet gusti negara rangkul emas pertama di Sukan SEA terkubur

May 15, 2023 | 05:30 AM



IMPIAN atlet gusti negara Aryan Azman untuk merangkul emas pertama Sukan SEA dalam penampilan sulungnya pada Ahad terkubur.



Ini setelah beliau tewas dalam perlawanan akhir di tangan pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2021, Jason Casinto Balabal dari Filipina, dengan kiraan mata 0-8 bagi acara Greco Roman Lelaki 82 kilogram di Pusat Konvensyen Chroy Changvar.



Oleh demikian, pelajar Sekolah Sukan Singapura berusia 18 tahun itu perlu berpuas hati dengan pingat perak.



Dengan wajah yang agak muram, beliau melangkah keluar dari gelanggang selepas perlawanan.



Sungguhpun begitu, beliau berkata beliau tetap berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan, memandangkan ini penampilan sulungnya - beliau mula berkecimpung dalam sukan gusti sekitar setahun.



Atlet termuda dalam skuad gusti negara bagi Sukan SEA Kemboja itu berkata:



"Saya rasa saya telah berusaha gigih dan berikan yang terbaik. Saya merupakan antara muka baru dalam sukan gusti jadi pingat perak ini adalah pencapaian besar."



Awal dari itu, beliau memenangi Keo Sophak dari Kemboja dengan catatan mata 5-0.



Wakil-wakil gusti negara dalam acara-acara lain turut menyumbang pingat bagi Singapura.



Veteran sukan gusti dan pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel, Eddy Zulqarnain Khidzer, meraih pingat gangsa dalam acara Roman Greco 60 kilogram.



Beliau menewaskan pesaing Laos Bountien Kommalaxa dengan catatan mata 5-0.



Ini penampilan keduanya bagi temasya sukan tersebut dan pingat pertamanya dalam Sukan SEA.



Penampilan sulungnya dalam Sukan SEA 2019 menyaksikan beliau pulang dengan tangan kosong.



Timothy Loh pula merangkul pingat gangsa bagi acara Roman Greco 130 kilogram - beliau mengekalkan pingat yang diraihnya bagi edisi temasya sebelum ini.



Sementara itu, rakan senegara dan muka baru Gadiel Raid Al-Qudrah Misso tewas 0-9 dalam perlawanan pingat gangsa di tangan atlet Vietnam, Ba Son Nguyen, bagi acara Roman Greco 77 kilogram.



Dalam pada itu hasrat srikandi Taekwondo negara bagi acara Kyorugi wanita bawah 49 kilogram, Nur Fadzlyn Mohd Zahruddin, untuk kecapi emas pertamanya dalam Sukan SEA terbantut dan terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.



Ini setelah beliau tewas 0-2 di tangan juara Olimpik dari Thailand, Wongpattanakit Panipak.



Beliau turut meraih gangsa dalam edisi Sukan SEA 2015 di mana Singapura menjadi tuan rumah.



Ini kali pertama beliau membuat penampilan kembali selepas kecederaan ligamen lutut anterior (ACL) pada 2017.



Sukan Tenis Meja pula menyumbang emas dalam acara lelaki berpasangan setelah Koen Pang dan Izaac Quek menewaskan seteru dari Malaysia Javen Choong dan Wong Qi Shen 3-1.



Setakat 7 malam waktu Singapura, kontinjen negara berjaya meraih 127 pingat - 42 emas, 35 perak dan 50 gangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >