Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERTANDINGAN TENIS MEJA SINGAPORE SMASH

Impian Izaac Quek disekat pemain China Wang Chuqin

Mar 17, 2023 | 05:30 AM



IMPIAN Izaac Quek di kejohanan tenis meja Singapore Smash berakhir pada Rabu apabila beliau dikalahkan 3-0 (11-4, 11-6, 11-7) oleh pemain ranking ketiga dunia Wang Chuqin dari China.



Pada pusingan awal, pemain Singapura berusia 16 tahun itu bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk menewaskan pemain nombor 36 dunia, juara beregu lelaki Sweden Mattias Falck, 3-2. Pemain ranking 241 itu juga menewaskan juara Sukan Komanwel dan pemain ke-51 dunia dari India, Sharath Kamal Achanta, 3- 0.



Tetapi, walaupun bermain di OCBC Arena di hadapan peminat tempatan, Wang, 22 tahun, menunjukkan beliau berada pada taraf berbeza dan membuat Quek terkial-kial mencari peluang kemenangan. Quek hanya berjaya memperoleh mata daripada kesilapan Wang.



"Biasanya hantaran servis saya terhadap pemain kidal tidak buruk, tetapi saya tidak dapat mencari jalan untuk melepasinya.



"Saya mencuba strategi berbeza tetapi masih tiada jalan untuk menang, ini membuktikan saya masih belum cukup kuat dan perlu terus bekerja keras untuk memperbaiki diri," kata Quek.



Namun, potensi Izaac tetap jelas dalam perlawanan sebelumnya. Pada awal hari itu, beliau dan Koen Pang bergabung sebagai pasangan beregu lelaki nombor 200 dunia menentang ranking keempat China, Fan Zhendong dan Wang.



Quek dan Koeng menewaskan pasangan China itu, sekali akhirnya tewas 3-1 (11-4, 11-8, 6-11, 11-6) dalam pusingan 16 terkahir.



Kedua-dua warga Singapura itu dijangka menjadi pemain kelahiran tempatan pertama memecahkan ranking dunia 100 teratas bagi perseorangan lelaki pada 21 Mac.



Wang, yang akan menentang rakan senegaranya, pemain nombor 12 dunia Lin Gaoyuan, pada suku akhir, turut memuji Quek.



"Beliau pemain tempatan yang menjanjikan dan menewaskan beberapa pemain terbaik dan mencapai pusingan 16 terakhir pada acara peringkat tinggi adalah baik untuk perkembangannya," ujar Wang.



Selepas ini, Quek akan pergi ke Turkey bagi pertandingan Youth Contender Antalya Tenis Meja Dunia (WTT) pada 19 hingga 25 Mac, dan Feeder Antalya WTT pada 27 Mac hingga 1 April. Beliau juga menyertai pasukan lelaki nasional yang akan bertanding dalam Sukan SEA pada 5 hingga 17 Mei di Kemboja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >