Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Impian Liverpool untuk jadi juara hampir musnah

Apr 25, 2024 | 12:09 PM



LIVERPOOL: Kapten Liverpool, Virgil van Dijk, mempersoal keinginan pasukannya untuk memenangi Liga Perdana England (EPL) selepas kekalahan 0-2 kepada Everton pada 25 April.


Dengan baki empat perlawanan sahaja, Liverpool kini mengharapkan Arsenal dan Manchester City untuk melakukan kesilapan dan keciciran mata.

Kekalahan di Goodison Park merupakan kekalahan kedua dalam tiga perlawanan.

“Adakah mereka (pasukannya) benar-benar ingin memenangi liga ini?” tanya Van Dijk.

Jaringan pemain pertahanan Everton, Jarrad Branthwaite dan penyerang Everton, Dominic Calvert-Lewin membantu Everton memperolehi kemenangan berharga dan yang pertama sejak Oktober 2010.

Kekalahan ini merupakan satu lagi tamparan hebat buat Liverpool selepas tewas 1-0 kepada Crystal Palace di tempat sendiri, dan terlepas peluang untuk mengejar Arsenal.

“Jika kamu bermain begini untuk perlawanan ini, tidak memenangi bola dan memberi peluang kepada pengadil untuk berikan tendangan percuma kepada Everton, ia bermakna kita tidak mempunyai peluang memenangi EPL,” kata Van Dijk dengan marah kepada pihak media.

“Sungguh mengecewakan. Setiap pemain harus meneliti diri sendiri dan menilai persembahan mereka dan fikirkan jika mereka telah memberikan segalanya untuk perlawanan ini,” tambahnya.

Pada awal musim, Liverpool bercita-cita mendapatkan empat piala untuk musim terakhir Jurgen Klopp sebagai pengurus Liverpool.

Namun kini kelihatan seperti mereka hanya boleh mendapatkan Piala Carabao setelah disingkirkan daripada Piala FA oleh Manchester United, dan disingkirkan daripada Liga Eropah oleh Atalanta sebelum ini.

Liverpool akan menentang West Ham seterusnya pada 27 April dan akan menentang Tottenham Hotspurs, Aston Villa dan Wolves untuk tiga perlawanan liga terakhir mereka musim ini.

Klopp berkata pasukannya belum tentu mendapatkan tempat kelayakan Liga Juara-Juara.

“Ini bukan persembahan terbaik kami dan saya benar-benar faham perasaan penyokong. Saya benar-benar minta maaf tentang persembahan itu,” kata pengurus bangsa Jerman itu.

“Saya minta maaf dengan kekalahan ini. Ia telah berlaku dan kami tidak boleh mengubah keputusannya,” tambahnya.

Apabila ditanya bagaimana keputusan ini akan memberi kesan kepada persaingan EPL, Klopp menjawab: “Saya faham ini sebahagian daripada bola sepak, saya tidak tahu mengapa saya perlu menjawab soalan itu kerana anda boleh lihat kedudukan EPL sendiri.”

“Adakah saya patut katakan kami masih mempunyai peluang sepenuhnya? Kami perlukan krisis di Manchester City dan Arsenal dan kami perlu menang kesemua baki perlawanan.

“Jika mereka kalah semua perlawanan mereka dan kami lakukan apa yang kami lakukan malam ini, ia tidak akan mengubah keadaan. Kami sepatutnya bermain bola sepak dengan lebih baik,”

“Kami harus berusaha mengatasi cabaran ini. Ramai bertanya tentang mentaliti dan ia bukan soal sikap, tidak ada pemain yang lakukan perkara ini secara sengaja dan ia merupakan tugas saya untuk kembalikan mereka ke tahap di mana mereka rasa yakin semula,” tambahnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >