Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Impian Newcastle di Eropah kecundang akibat kecederaan

Dec 14, 2023 | 11:20 AM



NEWCASTLE: Sepanduk yang dipegang tegak di sepanjang Gallowgate End yang terkenal di St James’ Park membawa mesej harapan untuk Newcastle United.


Pemain Newcastle United boleh melihat sepanduk yang tertera dengan ungkapan – “Ia bukan di luar jangkauan impian kita kerana kita telah mempunyai impian-impian yang besar” ketika lagu Liga Juara-Juara dimainkan sebelum perlawanan dengan AC Milan.

Itulah kata-kata yang diucapkan oleh bekas pengurus legenda Newcastle, Bobby Robson, dan untuk beberapa minit, ia kelihatan seperti impian mereka untuk mara ke pusingan seterusnya di Liga Juara-Juara mungkin tercapai.

Mereka mendahului Milan 1-0 selepas jaringan hebat Joelinton pada minit ke-33 dan Borussia Dortmund juga sedang mendahului Paris St-Germain di Jerman.

Ini bermakna jika keputusan kededua perlawanan tersebut kekal hingga akhir perlawanan, Newcastle akan mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Namun, pada akhir perlawanan, impian Newcastle terhapus dan ia hanya akibat kekurangan tenaga mereka.

Milan akhirnya bangkit semula untuk menang 2-1 dan meletakkan Newcastle di tangga terbawah Kumpulan F tanpa kelayakan ke Liga Eropah untuk mereka.

Suasananya amat berbeza berbanding Oktober.

Pada 5 Oktober, PSG dikalahkan 4-1 oleh Newcastle ketika bola sepak Liga Juara-Juara kembali ke St James’ Park buat kali pertama dalam dua dekad.

Namun keadaan Newcastle harus diteliti dahulu sebelum melontar kecaman ke arah mereka.

Newcastle dilanda kecederaan semasa kempen bola sepak mereka yang mengurangkan keberkesanan mereka sehingga ke tahap di mana mereka kelihatan terlalu letih pada setiap penghujung tiga kekalahan terakhir mereka menentang Everton. Tottenham dan Milan.

Namun, mereka tidak boleh bersembunyi di balik alasan kecederaan kerana kelemahan taktikal juga menyumbang kepada kekalahan mereka.

Kekalahan mereka semasa menentang Dortmund mempamerkan contoh klasik di mana satu pihak terlalu bijak dan berpengalaman untuk Newcastle di mana kekurangan pengetahuan mereka di tahap ini terdedah.

Bagi perlawanan menentang AC Milan pula, sebaik sahaja Christian Pulisic mengambil kesempatan kesilapan pertahanan Newcastle untuk menyamakan kedudukan untuk Milan, Newcastle kelihatan lesu dan tidak teratur dan kehilangan disiplin.

Penjaga gawang Milan, Mike Maignan, menyelamatkan rembatan Bruno Guimaraes tetapi pasukan Itali sedar bahawa Newcastle boleh dikalahkan.

Peminat Newcastle, walaupun impian mereka musnah, menunjukkan penghargaan terhadap usaha pasukan mereka

Kemenangan di tempat sendiri ke atas PSG mungkin diingati selama-lamanya oleh mereka yang menyaksikan malam yang benar-benar istimewa itu tetapi ia adalah satu-satunya kemenangan mereka dalam enam perlawanan kumpulan.

Howe dan pemainnya akan mendapat manfaat daripada pengalaman pahit di peringkat elit ini.

Ia akan mendorong mereka untuk mengejar lebih pencapaian, terutamanya pemilik kelab Arab Saudi yang melihat kejayaan Liga Juara-Juara sebagai pencapaian yang paling wajar untuk impian mereka.

Cabaran Howe sekarang adalah untuk menyemarak semula semangat pemain Newcastle yang kini dilihat serba kecewas, supaya mereka boleh kembali bersaing untuk bersaing di peringkat ini musim depan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >