Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Ini orang yang diperlukan Arsenal: Smith Rowe

Arteta mungkin tak perlu belanja sesen perkukuh pasukannya jika pemain muda ini diturunkan lebih kerap - beliau boleh kuasai midfield dan kuat semangat juang daripada pemain mapan
Jan 18, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Huraian bagi masalah pemain beraksi di bawah jangkaan mungkin ada di depan mata pengurus Arsenal Mikel Arteta.



Telah lama sejak memimpin Arsenal memenangi Piala FA beberapa bulan lalu Arteta bergelut untuk merangsang semula keyakinan dan form pasukannya, yang kini bak kapal terumbang-ambing di lautan tanpa nakhoda berkaliber atau sanggup menyandang tanggungjawab mengaharungi badai.



Di padang, kapten, dan antara pemain paling berpengalaman, Pierre Aumerik Aubameyang kini menunjukkan form dan keupayaan sebenarnya hanya dalam segelintir permainan, dan bukan secara konsisten seperti yang ditunjukkannya sebelum dianugerahi kontrak jangka panjang mewah oleh Arsenal pada akhir tahun lalu.



Pemain mapan seperti Willian pula bak tidak berdaya berlari lagi, sementara pemain baru seperti Nicolas Pepe, yang tiba di Stadium Emirates, dengan reputasi dan harga tinggi - Arsenal membelinya pada harga £72 juta ($95 juta) - belum memenuhi jangkaan.



Seorang pemain 'boleh harap' Thomas Partey pula cedera dan tidak beraksi di midfield.



Ada peminat berharap Arteta menggunakan tempoh pemindahan pemain sebulan ini untuk mengubah corak pasukannya dengan membeli pemain baru.



Seorang pemain yang namanya sering disebut-sebut ialah Emiliano Buendia dari Norwich, yang kian dikaitkan dengan Arsenal sebagai pengganti playmaker Mesut Ozil, yang masih bersama pasukan itu tetapi tidak dijangka menyarung jersi Arsenal lagi atas sebab politik.



Namun, Norwich bukan meletakkan harga £72 juta bagi Buendia sahaja, malah beberapa kali berkata ia tidak akan menjual pemain itu, membayangkan Arsenal mungkin terpaksa mengeluarkan wang melebihi angka itu untuk mendapatkan khidmat Buendia.



Bagaimanapun, Arteta mungkin tidak perlu membelanjakan sesen pun untuk memperkukuh pasukannya musim ini.



Huraian bagi masalah Arsenal di padang mungkin ditawarkan oleh akademinya sendiri dalam bentuk Emile Smith Rowe, 20 tahun.



Pemain midfield itu bukan sahaja membuktikan beliau berkeupayaan menguasai midfield dalam beberapa perlawanan Arsenal musim ini, baik di peringkat domestik mahupun Eropah, malah menunjukkan beliau mempunyai sikap juang yang kurang ketara pada pemain lain yang lebih mapan.



Selepas menyertai perlawanan Piala FA antara Arsenal menentang Newcastle pada minit ke-60 baru-baru ini, Smith Rowe bukan membuka tirai jaringan sahaja, malah membolehkan Arsenal menguasai perlawanan dari midfield.



Persembahan itu bukan bergantung pada tuah - beliau juga beraksi secara memberangsangkan semasa Arsenal menundukkan Chelsea 3-0 dalam liga bulan lalu.



Dalam perlawanan itu, selain mencipta peluang gol bagi Granit Saka, Smith Rowe acap kali beraksi di ruang kosong antara midfield dan pertahanan Chelsea dan menunjukkan wawasan hebat untuk mencari hantaran yang memperdaya benteng pertahanan lawan.



Beliau juga mencipta peluang gol bagi Saka semasa Arsenal menewaskan West Brom.



Form hebat pemain muda ini mendorong Arteta memuji Smith Rowe sebelum perlawanan Liga Europa menentang Dundalk bulan lalu:



"Emile seorarng pemain yang begitu berbakat. Beliau mempunyai banyak mutu yang membolehkan beliau beraksi dan mengatur serangan dari ruang di depan midfield.



"Tapi beliau masih muda, dan jika kita lebih bersabar, kita boleh membentuknya menjadi pemain yang boleh memberi sumbangan lebih hebat kepada kelab ini."



Namun, masa - dan kedudukan liga Arsenal sekarang - mungkin tidak menyebelahi Arteta menjelang perlawanan liga menentang Newcastle dinihari esok.



Pemain sehandal Smith Rowe tidak akan berpuas hati atau berdiam diri sahaja jika terpaksa menjadi pemain skuad semata-mata.



Beberapa kelab utama telah juga dikaitkan dengan Smith Rowe sejak akhir musim lalu, selepas beliau membantu Huddersfield kekal di liga Championship.



Malah, legenda Arsenal Ian Wright turut berkata beliau bimbang Smith Rowe akan berpindah ke kelab lain jika tidak diberikan peluang untuk menunjukkan keupayaannya dengan lebih ketara di Arsenal.



Semasa Smith Rowe dipinjamkan kepada Huddersfield musim lalu, beliau beraksi 19 kali dalam liga dan menjaringkan dua gol, termasuk satu gol penting dalam masa kecederaan yang membolehkan Huddersfield menewaskan West Brom dan kekal di divisyen tersebut.



Cara Smith Rowe beraksi musim lalu memperkuat gelaran yang diberi kepadanya - Craydon De Bruyne - sempena bintang Manchester City Kevin de Bruyne dari Belgium.



Pengurus Huddersfield ketika itu, Danny Cowley, berkata Smith Rowe seorang pemain istimewa.



"Beliau pemain yang boleh mencari ruang dan sentiasa mempunyai masa sesaat dua untuk membuat keputusan sebelum mengumpan bola kepada rakan sepasukan.



"Namun, kita perlu melindunginya... kerana beliau masih muda," kata Cowley.



Keprihatinan Arteta dan Cowley memang bersebab.



Semasa Smith Rowe beraksi di Bundesliga dalam jersi RB Leipzid pada 2019, beliau mengalami kecederaan di bahagian kelenjar yang mengehadkan masa permainannya kepada 28 minit sahaja.



Dari sudut pandang itu, Arteta wajar melindungi seorang pemain yang dianggap masih terlalu muda untuk beraksi secara konsisten saban minggu.



Namun, sedang Arsenal dan Arteta terdesak untuk mendaki tangga liga dan mengubah nasib mereka musim ini, Smith Rowe mungkin mendapat lebih banyak masa untuk beraksi musim ini, bermula dengan perlawanan menentang Newcastle.



Lagipun, jika seorang pemain muda menunjukkan beliau telah bersedia beraksi setaraf pemain senior, usia tidak harus menghalangnya. - Agensi berita.




"Emile seorang pemain yang begitu berbakat. Beliau mempunyai banyak mutu yang membolehkan beliau beraksi dan mengatur serangan dari ruang di depan midfield. Tapi beliau masih muda, dan jika kita lebih bersabar, kita boleh membentuknya menjadi pemain yang boleh memberi sumbangan lebih hebat kepada kelab ini."
- Pengurus Arsenal Mikel Arteta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >