Premium
Insiden gaduh cemari kejayaan Mexico atasi NZ
Jun 23, 2017 | 5:30 AM
LAGA KEPALA: Pemain Mexico, Hector Herrera (kanan), 'berlaga kepala; dengan pemain New Zealand, Ryan Thomas, dalam insiden pergaduhan yang turut membabitkan rakan pasukan mereka. - Foto AFP -
SOCHI (Russia): Mexico bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan New Zealand dalam satu perlawanan Piala Konfederasi di sini, yang dicemari pergaduhan antara pemain dua pasukan itu.
Pemain Leeds United, Chris Wood, membuka tirai jaringan bagi New Zealand, tetapi Mexico bangkit dengan dua gol sumbangan Raul Jimenez dan Oribe Peralta untuk menjamin kemenangan dalam babak kedua permainan.

