Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Insiden perkauman: Fifa arah Hungary aksi 2 perlawanan tanpa penyokong

Sep 23, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Hungary telah diarah Fifa untuk bermain tanpa penyokong bagi dua perlawanan menyusuli kejadian perkauman terhadap para pemain England dalam perlawanan kalayakan Piala Dunia di Budapest, 2 September lalu.



Namun, perlawanan kedua tanpa penyokong itu digantung bagi tempoh dua tahun.



Persekutuan Bola Sepak Hungary juga dikenakan denda £158,400 ($292,200).



"Fifa mengambil pendirian sifar toleran terhadap kelakuan buruk seperti itu dalam bola sepak," kata Fifa dalam kenyataannya.



Badan penguasa bola sepak dunia itu menambah ia kekal tegas dan bersatu hati dalam menolak segala bentuk perkauman dan keganasan serta lain-lain kelakuan diskriminasi.



Jun lalu, Uefa telah mengenakan tindakan saman ke atas persekutuan bola sepak Hungary dan mengarahkan pasukan itu bermain sebanyak tiga perlawanan tanpa penyokong kerana kelakuan diskriminasi oleh penyokongnya semasa Euro 2020.



Hukuman itu tidak dikenakan bagi kunjungan England untuk kelayakan Piala Dunia kerana ia merupakan perlawanan di bawah naungan Fifa, dan pihak berkuasa itu tidak membuat permohonan kepada UEFA supaya hukuman itu dipindahkan bagi perlawanan tersebut.



Menurut Fifa, pihaknya telah mengenakan hukuman tersebut setelah menganalisis dan mempertimbangkan semua butir-butir kes. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >