Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

International Series kembali dengan hadiah lebih besar

Apr 20, 2023 | 5:30 AM
AKAN PERTAHAN KEJUARAAN: Nitithorn Thippong dari Thailand telah mengesahkan penyertaannya bagi edisi International Series Singapura 2023 untuk mempertahankan pertandingan yang dimenanginya pada 2022. - Foto AFP
AKAN PERTAHAN KEJUARAAN: Nitithorn Thippong dari Thailand telah mengesahkan penyertaannya bagi edisi International Series Singapura 2023 untuk mempertahankan pertandingan yang dimenanginya pada 2022. - Foto AFP -

PERTANDINGAN golf International Series Singapura akan kembali ke Tanah Merah Country Club pada 2023 dan dengan hadiah kemenangan lebih besar iaitu sebanyak AS$2 juta ($2.67 juta), meningkat daripada AS$1.5 juta pada 2022.

Acara sepanjang 5 hingga 8 Oktober itu adalah sebahagian daripada 10 pertandingan International Series yang dianjurkan Asia Tour dengan kerjasama LIV Golf.

Pemenang siri antarabangsa itu akan mendapat tempat di Liga Golf LIV pada 2024.

Andy Ogletree dari Amerika Syarikat, yang memenangi International Series Qatar pada Februari, mendahului kedudukan dengan hadiah wang AS$527,370, mengatasi Takumi Kanaya dari Jepun (AS$426,233).

Nitithorn Thippong dari Thailand telah memenangi International Series Singapura pada Ogos 2022 di Tampines Course.

Dia telah mengesahkan penyertaannya bagi edisi 2023 dan berkata:

"Kemenangan tahun lalu (2022) adalah yang terbesar dalam kerjaya saya dan menyedarkan saya bahawa saya boleh bersaing di peringkat ini.

"Saya harap saya boleh bangkit semula bagi acara itu kerana ia adalah masa penting musim ini dari segi Asia Tour dan International Series Order of Merit.

"Kemenangan (di Singapura) juga istimewa kerana ia adalah salah satu padang terbaik yang pernah saya bermain."

Tempoh pospandemik, negara ini telah menyaksikan banyak kejohanan golf peringkat tinggi.

Pada Februari, World Tour DP mengadakan Singapore Classic di Laguna National.

Pada Mac, Kejohanan Dunia Wanita HSBC LPGA telah diadakan di Kelab Golf Sentosa.

Pada Mac juga menyaksikan pertandingan Siri Pasukan Aramco Eropah Tour Wanita di Laguna.

LIV Golf Singapura pula akan diadakan di Padang Golf Serapong Sentosa pada 28-30 April.

Rahul Singh, ketua Siri Antarabangsa, berkata:

"Singapura adalah destinasi penting untuk Siri Antarabangsa kerana negara ini mempunyai segala yang diperlukan untuk mengadakan pertandingan sukan peringkat elit."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg