Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU KUMPULAN B: IRAN LAWAN SEPANYOL

Iran hadapi cabaran menggunung untuk teruskan 'keajaiban'

Jun 20, 2018 | 05:30 AM



KAZAN: Iran mungkin mencatatkan kejutan sebagai pendahulu Kumpulan B selepas kemenangan bersejarah ke atas Maghribi minggu lalu manakala Sepanyol dan Portugal terikat 3-3 dalam perlawanan antara dua pasukan gergasi Eropah itu.



Namun, jurulatih pasukan, Carlos Queiroz, sedar mereka kini berhadapan 'final Piala Alam Semesta' ini apabila turun ke padang bagi pertemuan dengan juara dunia 2010, Sepanyol, di Arena Kazan, mulai 2 pagi esok (waktu Singapura).



Iran perlu mendapatkan keputusan positif dalam pertemuan dengan Sepanyol ini dan kemudian apabila menentang juara Euro 2016, Portugal, pada Selasa depan jika berharap dapat melayakkan diri daripada kumpulan yang mencabar ini.



Tugasnya itu dianggap satu cabaran tinggi menggunung tetapi penjaga gawang Iran, Alireza Beiranvand, menegaskan bahawa tidak akan memberikan laluan mudah kepada Sepanyol.



"Semua orang tahu bahawa Sepanyol adalah antara pasukan terhebat dalam sejarah bola sepak tetapi satu-satunya perkara yang saya boleh jamin ialah mereka tidak akan mendapat laluan mudah apabila kami bertemu nanti," ujar Beiranvand.



"Semua orang tahu pemain kami adalah pejuang di padang dan kami akan berjuang dan berusaha mengekalkan fokus sehingga ke detik akhir perlawanan itu nanti."



Sepanyol, bagaimanapun, dijangka terlalu gagah bagi Iran lebih-lebih lagi selepas disekat 3-3 oleh Portugal memandangkan pasukan itu 'digemparkan' dengan berita pemecatan jurulatih Julen Lopetegui, sehari sebelum pertarungan pembukaan Piala Dunianya itu.



Beliau digantikan dengan bekas pemain antarabangsa Sepanyol, Fernando Hierro, yang kepercayaannya menurunkan pemain penyerang kontroversial Diego Costa 'dihadiahkan' dua gol oleh bekas penyerang Chelsea itu.



Dengan permainannya yang lasak dan penuh fizikal, Sepanyol memiliki 'senjata' yang tepat bagi meruntuhkan benteng Iran yang begitu teratur dan kebal semasa menafikan serangan-serangan Maghribi dalam perlawanan awalnya itu. - AFP.



Ramalan BH:



Iran 0

Sepanyol 3




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >