Premium
Iran negara Asia pertama jamin tempat di Russia
Jun 14, 2017 | 5:30 AM
RAIKAN KEJAYAAN: Pemain Iran merai kemenangan ke atas Uzbekistan kelmarin, yang menjamin tempat mereka dalam Piala Dunia di Russia tahun depan. - Foto AFP -
TEHERAN: Gol jaringan Sardar Azmoun dan Mehdi Taremi membolehkan Iran mengesahkan tempat mereka dalam pusingan akhir Piala Dunia 2018, selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Uzbekistan di Stadium Azadi, Teheran, kelmarin.
Ia kemenangan keenam Iran daripada lapan perlawanannya dalam Kumpulan A, yang meletak gergasi bola sepak Asia itu di tangga teratas dengan 20 mata.

