Topik diikuti
Pergi ke BHkuIraq jinakkan Iran melalui babak penalti

Jan 24, 2015 | 5:30 AM
Iraq jinakkan Iran melalui babak penalti
CANBERRA: Dalam pertemuan antara dua 'muruh tradisi', Iraq mengejutkan pasukan pilihan, Iran, 7-6 melalui babak penalti untuk melangkah ke pusingan separuh akhir kejohanan bola sepak Piala Asia yang berlangsung di sini petang semalam.
Dengan pertemuan yang mencetuskan ketegangan - baik di dalam padang mahupun di luar - Iraq akhirnya muncul pemenang dalam perlawanan yang disifatkan terhebat dalam sejarah kejohanan yang dianggap 'Piala Dunia Asia' ini.