Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Ireland Utara dihantui 'penalti kontroversi', Swiss dan Croatia jamin tempat ke Russia

Nov 14, 2017 | 5:30 AM
WAJAH KECEWA: Pemain midfield Ireland Utara, Chris Brunt (kanan) dan rakan-rakannya lain begitu kecewa selepas tersingkir daripada Piala Dunia di tangan Switzerland. - Foto AFP
WAJAH KECEWA: Pemain midfield Ireland Utara, Chris Brunt (kanan) dan rakan-rakannya lain begitu kecewa selepas tersingkir daripada Piala Dunia di tangan Switzerland. - Foto AFP -

PARIS: Pengurus Ireland Utara, Michael O'Neill, tidak dapat menyembunyikan kekecewaan ke atas penalti penuh kontroversi dalam pertemuan pertama minggu lalu selepas impian pasukannya mahu melayakkan diri ke Piala Dunia tahun depan berakhir menyusuli kekalahan agregat 0-1 kepada Switzerland dalam pertemuan penentuan kedua dinihari semalam.

Gol penalti jaringan Ricardo Rodriguez dalam pertemuan pertama di Belfast pada Khamis lalu terbukti menjadi penentu selepas Switzerland berjaya menyerap tekanan serangan Ireland dalam detik-detik penghujung pertemuan kedua di Basel di atas padang yang lecak selepas hujan lebat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg