Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Irfan cipta sejarah, julang kejuaraan Liga 1 Thai

Mar 06, 2021 | 05:30 AM



IRFAN Fandi menjadi pemain bola sepak Singapura pertama untuk menjulang mahkota Liga Satu Thai (T1) menyusuli kemenangan 2-0 pasukannya, BG Pathum United, ke atas Sukhothai di Stadium Leo, di utara Bangkok, kelmarin.



Gol jaringan Sumanya Purisai dan Victor Cardozo memastikan Rabbits (gelaran BG Pathum) kekal rekod tanpa kalah, sedang mereka melayari ke puncak liga musim ini dengan selesa.



Ketika dinobat juara di depan lebih 1,800 peminat kelmarin, BG Pathum - kendalian bekas pemain pertahanan Thailand Dusit Chalermsan - berada 19 mata jauh di depan penghuni di tangga kedua Buriram United, dengan baki enam perlawanan sebelum tamat musim.



Pemain bek tengah, Irfan, 23 tahun, yang kerap dibariskan sebagai pemain utama dalam pertahanan, gembira meraih trofi keduanya di Thailand, setelah membantu BG Pathum menjuarai Liga Dua Thai musim lalu.



"Apabila saya tiba di Thailand, saya memang tidak menjangkakan sebarang trofi. Sebaliknya, saya hanya mahu raih pengalaman," kata Irfan kepada Berita Harian.



Irfan menyertai BG Pathum dari kelab Singapura, Young Lions, pada 2019.



Beliau, yang telah membuat 26 penampilan untuk pasukan Singa, menyifatkan pencapaiannya di liga teratas Thailand itu "satu penghormatan sebagai pemain asing serta Asean".



"Apa yang lebih membanggakan adalah saya dapat membuka laluan untuk lebih ramai pemain Singapura, yang akan melihat saya sebagai contoh, ikut langkah saya bermain di luar negara dan menang sesuatu di luar Singapura," ujar anak sulung legenda bola sepak, Fandi Ahmad, itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >