Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Irfan Fandi sertai Young Lions, boleh beraksi menentang Tampines malam ini

Mar 5, 2015 | 3:20 PM
PENYERANG YOUNG LIONS: Irfan Fandi kini penyerang Young Lions
PENYERANG YOUNG LIONS: Irfan Fandi kini penyerang Young Lions -

IRFAN FANDI telah menyertai Young Lions bagi Liga-S Great Eastern-Yeo's musim ini dan boleh beraksi dalam perlawanan dengan Tampines malam ini, mengakhiri spekulasi berkenaan penyertaannya dalam skuad Aide Iskandar musim ini.

Penyerang berusia 17 tahun itu yang terikat dengan kelab Chile Universidad, disertakan dalam skuad awal Sukan Asia Tenggara (SEA) awal tahun ini dan menjaringkan kededua gol dalam dua perlawanan persahabatan dengan Syria dan Jepun bulan lalu.

Skuad Sukan SEA yang terdiri daripada pemain berusia bawah 23 tahun menyertai Liga-S sebagai Young Lions, sebagai persiapan menjelang temasya dwitahunan itu Jun ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg