Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Irfan tidak ikut ke HK bagi perlawanan persahabatan

Tarik diri skuad nasional dek komitmen pada kelab dalam Liga Satu Thai
Mar 22, 2023 | 5:30 AM
TARIK DIRI: Ketiadaan pemain tunggak seperti Irfan (foto) dan kapten Hariss Harun memberi peluang bagi pemain lain menonjolkan diri dan diturunkan bermain. - Foto fail
TARIK DIRI: Ketiadaan pemain tunggak seperti Irfan (foto) dan kapten Hariss Harun memberi peluang bagi pemain lain menonjolkan diri dan diturunkan bermain. - Foto fail -

PEMAIN pertahanan bola sepak nasional Irfan Fandi, yang berpangkalan di Bangkok, Thailand, telah menarik diri daripada pasukan Singapura yang bakal beraksi dalam dua perlawanan persahabatan di Hong Kong.

Ini bermakna pasukan itu akan beraksi tanpa beberapa pemain tunggak, termasuk Ikhsan Fandi, yang cedera, dan kapten Hariss Harun.

Dalam satu kenyataan ringkas Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berkata Irfan menarik diri atas sebab peribadi berhubung komitmen pada kelabnya, BG Pathum, yang bertanding di Liga Satu Thai.

Namun, jurulatih nasional Takayuki Nishigaya berkata beliau tidak akan mengundang pemain lain sebagai ganti kerana mempunyai pemain yang mencukupi bagi perlawanan menentang Hong Kong pada 23 Mac dan Macau pada 26 Mac.

Pasukan itu telah berangkat ke Hong Kong pada Isnin.

"Saya mempunyai keyakinan penuh pada skuad yang telah dipilih dan saya tidak akan mengundang pemain lain sebagai ganti. Ini peluang bagi pemain lain menonjolkan diri dan merebut peluang yang ada.

"Tumpuan penuh kami ialah pada pemain yang ada, menjelang dua perlawanan minggu ini," ujar Nishigaya.

Beliau menyertakan lima pemain baru dalam skuad nasional ini, iaitu trio Tampines Amirul Haikal, Irfan Najeeb dan Joel Chew; Daniel Goh daripada Balestier Khalsa, dan pemain Lion City Sailors Lionel Tan.

Empat lagi pemain Tampines - Glenn Kweh, Faris Ramli, Syazwan Buhari dan Taufik Suparno - juga disertakan, selain pemain Geylang International Huzaifah Aziz.

Hariss, yang sekian lama menjadi 'wajah' tetap pasukan nasional, tidak disertakan kali ini. Menurut laporan di www.fas.org, beliau diberi kebenaran oleh Nishigaya untuk keluar daripada skuad ini kerana sedang membuat persiapan bagi satu peperiksaan.

Mengulas mengenai penyertaan pemain muda dalam skuad kali ini, Nishigaya berkata: "Jendela perlawanan antarabangsa ini dan yang selanjutnya pada Jun, memberi saya peluang mengundang wajah baru, selain memberi peluang kepada pemain yang sekian lama tidak disertakan dalam pasukan nasional.

"Pemain yang disertakan dalam pasukan ini telah beraksi dengan baik dalam SPL bagi kelab masing-masing, tetapi adalah penting mereka merasai rentak lebih intensif bola sepak peringkat antarabangsa dan memahami dengan jelas tahap intensiti yang diperlukan di peringkat ini.

"Pemain lebih muda juga perlukan pendedahan ini, supaya mereka tahu apa yang diperlukan."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg