Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Isu penderaan pekerja migran semasa Piala Dunia cetus perbincangan

Oct 25, 2022 | 05:30 AM



QATAR: Usaha melindungi para pekerja migran daripada dieksploitasi semasa Piala Dunia di Qatar, belum lagi selesai, kata kumpulan hak kemanusiaan, Amnesty.



Dengan kurang sebulan sebelum Piala Dunia bermula, pertubuhan itu telah memberi amaran bahawa kemajuan ke atas reformasi buruh tidak boleh dihentikan selepas kejohanan itu tamat.



"Penderaan hak kemanusiaan berlaku pada tahap tinggi pada masa kini," katanya.



Dalam laporan sebelum pertandingan bermula, Amnesty menekankan kepada pertubuhan yang meneraju bola sepak dunia, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa), agar menubuhkan dana pampasan bagi buruh migran yang didera.



Ia juga berkata bahawa Persatuan Bola Sepak (FA) sepatutnya menekankan dengan lebih jelas dan jujur tentang penderaan hak kemanusiaan yang serius yang mengancam akan membayangi Piala Dunia, kelak.



Kededua Fifa dan jawatankuasa penganjur setempat telah mengalu-alukan perubahan yang diperkenalkan itu.



Sementara itu FA menekankan bahawa ia telah melakarkan kedudukannya berkaitan Piala Dunia di Qatar.



Dalam laporannya, Amnesty mengenal pasti bahawa perubahan pada sistem buruh Qatar telah memperbaiki kebajikan bagi sekitar dua juta pekerja migran di negara itu.



Namun ia berkata bahawa kegagalan bagi melaksanakan atau menguatkuasakan reformasi itu masih menghambat kemajuan.



Ia mendakwa bahawa ribuan pekerja masih tidak diberi gaji dan hari rihat, dan terdedah kepada keadaan bekerja yang tidak selamat, dan berhadapan dengan halangan untuk bertukar pekerjaan.



Ia berkata ribuan kematian melibatkan pekerja migran sepanjang sedekad lalu berkaitan projek dan prasarana luas Piala Dunia masih belum terjawab.



"Meskipun Qatar telah membuat kemajuan kepada hak pekerja sejak lebih lima tahun lalu, masih jelas bahawa perjalanan masih jauh," kata ketua ekonomi dan pengadilan sosial Amnesty International, Encik Steve Cockburn.



Beliau menambah bahawa meskipun terdapat tekanan daripada Amnesty dan kumpulan kerja daripada Kesatuan Bolasepak Eropah (Uefa) bagi menubuhkan sebuah pusat pekerja migran dan skim pampasan, Qatar dan Fifa masih enggan laksanakan.



Amnesty berkata satu dana pampasan patut mempunyai nilai sekurang-kurangnya £350 juta ($559.5 juta) - jumlah yang sepadan dengan nilai hadiah yang bakal diberikan dalam pertandingan itu.



Sebagai respons, Fifa berkata:



"Pelbagai langkah telah dilaksanakan sepanjang beberapa tahun lalu bagi memperbaiki perlindungan pekerja di Qatar, dan perkembangan ini timbul menyusuli kesan daripada Piala Dunia itu sendiri.



"Para pekerja telah diberi pampasan dalam pelbagai bentuk di mana syarikat yang gagal mempertahankan Piawai Kebajikan Pekerja.



"Fifa masih berdialog dengan semua pihak yang relevan di Qatar berkaitan inisiatif yang akan memanfaatkan pekerja migran di Qatar selepas perlawanan akhir Piala Dunia, Maklumat lanjut akan diberikan tidak lama lagi." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >