Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS

Isu tangani kehilangan Peng Shuai: IOC tolak kritikan

Nov 29, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Kritikan terhadap Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengenai cara ia menangani keadaan yang berlaku kepada pemain tenis China, Peng Shuai, adalah tidak berasas tegas pegawai kanan IOC, Encik Dick Pound.



Dengan masyarakat sukan prihatin akan keselamatan Peng setelah beliau membuat dakwaan salah laku seksual ke atasnya oleh seorang menteri China, Presiden IOC, Thomas Bach, telah menghubungi atlet itu minggu lalu.



Namun, komunikasi mengenai panggilan video itu dikritik pemimpin sukan tenis dan kumpulan hak asasi manusia kerana ia tidak menangani keprihatinan mengenai kesejahteraan Peng.



Encik Pound bagaimanapun menekankan panggilan tersebut adalah satu langkah tepat.



"Bagi IOC, kerja diplomasi secara senyap dan berhati-hati lebih berkesan daripada membuat bising," kata Pound, yang merupakan pegawai paling lama berkhidmat di IOC.



"Cara yang keras bukanlah cara kami bekerjasama dengan mana-mana negara, lebih-lebih lagi China," tambah beliau.



Encik Pound menambah, dakwaan kononnya IOC bersekongkol dengan pihak berkuasa China dan tidak berusaha bagi kepentingan Peng adalah sesuatu yang ditolak sekeras-kerasnya.



Peng, 35 tahun, hilang daripada kaca mata awam selama hampir tiga minggu selepas membuat dakwaan berkenaan, sekali gus mencetuskan gerakan oleh bintang sukan dan pemerintah negara-negara tertentu bagi memberikan bukti bahawa pemain tenis itu selamat.



Dalam catatannya di wadah media sosial Cina, Weibo, awal bulan ini, Peng berkata bekas naib perdana menteri China, Encik Zhang Gaoli, 75 tahun, telah memaksa beliau mengadakan hubungan seks dengan dirinya.



Peng dan Encik Bach berbual selama 30 minit menerusi panggilan video, dan kelihatan dalam keadaan selamat dan sihat.



Pound menambah:



"Pertama sekali, ramai orang di seluruh dunia prihatin dengan keselamatan Peng dan IOC adalah satu-satunya pertubuhan yang berjaya berhubungan dengan beliau dan memastikan keselamatannya bagi meredakan keprihatinan ramai.



"Ini adalah langkah yang baik ke hadapan kerana anda tidak akan dapat menyelesaikan dakwaan gangguan seksual itu menerusi panggilan 30 minit...sekurang-kurangnya kami tahu beliau sihat dan selamat, dan sedang bersama keluarganya."



China bagaimanapun menyangkal dakwaan Peng itu menyifatkannya sebagai "mengarut". - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >