Premium
Italy gantung acara sukan demi kekang virus tular
Langkah diumumkan Perdana Menteri Italy; Liga bola sepak Serie A tidak terkecuali; perlawanan Piala Europa juga terjejas; sejumlah 16j rakyat dikuarantin
Mar 11, 2020 | 5:30 AM
'SYIOK SENDIRI': Penyerang pasukan Juventus asal Portugal, Cristiano Ronaldo, berlari untuk cuba mendapatkan bola semasa perlawanan Liga Serie A menentang Inter Milan di stadium Juventus yang kosong di Turin, pada 8 Mac lalu setelah larangan dikuatkuasa bagi mengekang penularan koronavirus. - Foto AFP -
MILAN: Semua acara sukan di Italy telah digantung sehingga sekurang-kurangnya 3 April sebagai sebahagian usaha negara itu menangani penularan Covid-19.
Mengumumkan demikian, Perdana Menteri Italy, Giuseppe Conte berkata ini termasuk perlawanan liga bola sepak profesional Seria A, namun ia tidak termasuk perlawanan melibatkan kelab Italy atau pasukan nasional yang mengambil bahagian dalam pertandingan antarabangsa.

