Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KELAYAKAN PIALA DUNIA

Italy tersingkir dari Piala Dunia Qatar

Mar 26, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Juara Eropah, Italy, tidak akan beraksi di Piala Dunia di Qatar pada hujung tahun ini selepas ia kalah mengejut kepada Macedonia Utara dalam perlawanan kelayakan di Palermo, Italy.



Aleksandar Trajkovski menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-92 dari luar petak penalti, mencetus perayaan gembira di kalangan rakan pasukannya.



Sebaliknya, pemain Italy dan kakitangan pasukan itu tersungkur ke padang di depan penyokong sendiri - harapan beraksi di Piala Dunia musnah.



Italy, pasukan keenam terbaik di dunia, perlu memenangi perlawanan dengan Macedonia Utara - yang menduduki ranking ke-67 di dunia - untuk melayakkan diri ke satu lagi perlawanan play-off bagi Piala Dunia.



Ini selepas ia gagal melayakkan diri secara automatik ke Piala Dunia, mengakhiri pusingan kelayakan kumpulan di tempat kedua di belakang Switzerland, dengan rekod empat kemenangan dan empat seri.



Kekalahan ini bemakna Italy telah gagal melayakkan diri ke Piala Dunia bagi kali kedua berturut-turut.



Dalam pada itu, Portugal, Wales dan Sweden menghidupkan peluang ke Piala Dunia selepas memenang perlawanan masing-masing. Portugal menewaskan Turkey 3-1; Wales menundukkan Austria 2-1; manakala Sweden menwaskan Republik Czech 1-0. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >