Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Itu Amad Diallo Manchester United yang punya

Jan 9, 2021 | 5:30 AM
YAKIN: Pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer berkata beliau telah menyaksikan sendiri permainan Amad Diallo (kiri) dan beliau yakin Diallo "antara pemain muda paling menarik dalam bola sepak pada masa ini". - Foto AFP
YAKIN: Pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer berkata beliau telah menyaksikan sendiri permainan Amad Diallo (kiri) dan beliau yakin Diallo "antara pemain muda paling menarik dalam bola sepak pada masa ini". - Foto AFP -

MANCHESTER: Ole Gunnar Solskjaer dan Manchester United telah melengkapkan pembelian pemain Ivory Coast Amad Diallo daripada kelab Serie A Italy Atalanta.

Diallo, 18 tahun, dibeli pada harga £19 juta ($34 juta) dan kontrak yang ditandatanganinya sah hingga hingga Jun 2025, dengan pilihan melanjutkannya selama setahun selepas tempoh itu.

Namun perjanjian membeli Diallo memuatkan beberapa syarat tambahan, termasuk bayaran susulan $18.2 juta pada masa depan.

Menurut laporan BBC, United bersetuju membeli Diallo sejak Oktober.

"Saya telah menyaksikan sendiri cara permainannya dan saya yakin beliau antara pemain muda paling menarik dalam bola sepak pada masa ini," kata Solskjaer.

"Beliau memerlukan lebih banyak masa untuk menyesuaikan diri (dalam Liga Perdana England), tetapi kepantasannya berlari, wawasannya di padang dan keupayaannya menggelecek bola akan membolehkannya membuat penyesuian dengan baik," ujar pengurus itu, sambil menambah bahawa Diallo berkeupayaan menjadi pemain United bagi jangka panjang.

Diallo pemain pertama dibeli sebuah kelab Britain selepas Brexit. Dokumen permohonan bagi membelinya diserahkan kepada pihak berkuasa sejurus selepas tengah malam pada Hari Tahun Baru dan diluluskan pada hari sama.

Diallo memerlukan pengecualian pihak berkuasa sebelum layak memohon visa Britain, yang dilakukannya di Rome awal minggu ini.

Selepas pengecualian itu dibenarkan, Diallo boleh terbang ke England dan tidak perlu menjalani kuarantin kerana menyertai 'gelembung' perjalanan Atalanta sebelum ini.

"Jurulatih di United melayan saya dengan hebat sejak saya menandatangani perjanjian dan mereka memberi saya banyak nasihat," kata Diallo.

"Saya telah berusaha amat gigih dan sekarang tiba masanya saya membuktikan keupayaan saya di sebuah kelab hebat." - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg