PERMULAANNYA tidak selicin yang beliau inginkan, namun Nur Izlyn Zaini tetap mampu merangkul pingat bersejarah - mengukir namanya dalam buku rekod negara sebagai pemegang rekod 100 meter lari lompat pagar wanita.

Atlit berusia 19 tahun itu menjadi wanita pertama yang memenangi pingat dalam acara tersebut di Sukan SEA sejak 1979 apabila beliau mencatat masa 14.14 saat untuk memenangi pingat gangsa semalam.