SELEPAS beraksi dua tahun tahun di rantauan, penjaga gawang nasional Izwan Mahbud berkata beliau kini lebih matang dan tidak suka 'bermain-main' seperti dulu.
"Cuba tanya jurulatih saya... mereka akan beritahu anda bahawa saya gemar bermain-main. Tapi kini saya telah berubah sejak beraksi di Thailand kerana pemain import dikenakan jangkaan lebih tinggi dan pasukan kami boleh melepaskan kami jika mereka dapati kami tidak memberi nilai tambahan dan tidak lebih baik berbanding pemain setempat," kata Izwan, 29 tahun, dalam wawancara dengan The Straits Times (ST) baru-baru ini.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg