Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK WANITA SETEMPAT

Izyan dapat panggilan sulung sertai skuad senior wanita

Selepas tamatnya musim Liga Perdana Wanita (WPL) 2022 awal bulan ini, pemain hebat negara kembali berhimpun dalam skuad Singa kendalian ketua jurulatih Stephen Ng bagi satu perlawanan persahabatan sempena tempoh rehat antarabangsa Fifa. Singapura, yang menghuni tangga ranking ke-133 dunia, berdepan pasukan nombor 101 terbaik dunia, Indonesia, di Stadium Jalan Besar malam ini. Dalam Kejohanan Wanita AFF pada Julai tahun ini, pasukan Singa berjaya menang 2-0 menentang Indonesia. Justeru, Singapura mengharapkan hasil yang sama malam ini, sedang mereka sasar memperbaiki ranking Fifanya.
Oct 10, 2022 | 05:30 AM



PADA usia 30-an tahun, ramai pemain akan fikir tentang menggantung but mereka.



Namun, bukan buat penjaga gol pasukan wanita Balestier Khalsa, Izyan Ahmad, 32 tahun, yang "berjiwa muda".



Izyan, pada minggu lalu, mendapat panggilan sulungnya ke dalam skuad senior wanita Singapura seramai 22 pemain.



Pasukan Singa wanita kendalian ketua jurulatih Stephen Ng bakal berentap dengan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Jalan Besar malam ini.



"Saya sangat terharu (dipilih menyertai skuad Singapura) sebab pada usia saya, pemain biasanya akan bersara tapi saya seorang yang jiwanya muda," selorohnya.



"Melihat (kapten Singapura) Ernie (Sontaril) yang berumur 33 tahun dan masih giat bermain, saya fikir usia tidak penting."



Selain Izyan, penyerang Tiong Bahru FC, Clara Lau, 25 tahun, juga menyertai skuad negara buat kali pertama.



Rakan sepasukan Lau, Rochelle Chan, pemain midfield, juga berpeluang menyarung jersi Singapura selepas disertakan semula dalam pasukan.



Kali terakhir Chan, 27 tahun, membuat penampilan untuk Singapura ialah pada Julai 2018 ketika beraksi dalam Kejohanan Wanita AFF 2018.



Berbanding pemain lain, penglibatan Izyan dalam bola sepak bermula lambat sedikit.



Beliau, yang sebelumnya menceburi sukan bot naga dan balapan dan padang, hanya mula bermain bola sepak pada 2016 semasa menyertai sukan itu sebagai kegiatan kokurikulum di Institusi Pendidikan Teknikal (ITE).



Pilihan untuk bermain bola sepak itu dianggapnya sebagai "satu panggilan".



"Semasa saya masih kecil dahulu, saya sering bermain bola sepak dengan budak lelaki di kolong blok… Jadi, apabila saya perlu memilih kegiatan kokurikulum di ITE, saya rasa terpanggil untuk bermain bola sepak.



"Saya hanya mahu mencuba sukan itu tapi siapa sangka, ia dapat membawa saya jauh ke tahap ini," kongsi Izyan.



Beliau awalnya bermain posisi bek kanan sebelum secara sukarela beralih ke dalam gawang beberapa bulan kemudian.



"Suatu hari itu, kami (pemain ITE) bermain pertandingan bola sepak bersama Tampines Rovers. Pasukan kami tidak mempunyai penjaga gol yang sebenar. Jadi, saya dengan sukarela bermain posisi itu.



"Sejak itu, mereka memberikan saya sarung tangan pertama saya dan saya mula menjadi penjaga gol," ujar beliau.



Namun, Izyan tidak hanya mahir menyelamatkan bola daripada membolos gawangnya.



Malah, di luar padang pula, tangan beliau juga memainkan peranan penting menyelamatkan nyawa.



Izyan seorang jururawat jabatan kecemasan di Hospital Tan Tock Seng, sejak Mac tahun ini.



Akur mengimbangi pekerjaan sepenuh masa dengan aspirasi bola sepaknya adalah satu cabaran, Izyan memperbaiki diri dengan menonton video bola sepak selain melakukan latihan kekuatannya sendiri jika terlepas menghadiri latihan.



Ditanya apa yang beliau ingin meraih semasa tempohnya bersama pasukan negara, Izyan menambah:



"Saya ingin menimba pengalaman daripada pemain nasional yang telah bermain pada tahap permainan bola sepak yang lebih tinggi. Ini dapat memberi manfaat kepada prestasi saya dan juga pasukan." - ZULAIQAH ABDUL RAHIM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >