Jadual bola sepak antarabangsa boleh terjejas 'dua hingga tiga tahun'
Premium
Jadual bola sepak antarabangsa boleh terjejas 'dua hingga tiga tahun'
Uefa: Keadaan sekarang 'tunggu dan lihat' untuk menilai apakah Piala Dunia Qatar 2022 akan terjejas
May 1, 2020 | 5:30 AM
LONDON: Koronavirus Covid-19 boleh menjejas kalendar bola sepak antarabangsa selama "dua hingga tiga tahun", kata seorang anggota jawatankuasa eksekutif Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa).
Lars-Christer Olsson, presiden bagi Liga-Liga Eropah, berkata ia kes "tunggu dan lihat" untuk menilai bagaimana pandemik Covid-19 menjejas jadual bola sepak antarabangsa, termasuk ke atas Piala Dunia 2022 di Qatar.

