Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jaguh badminton Malaysia Lee Chong Wei hidap barah hidung

Sep 22, 2018 | 4:01 PM
SEDANG DIRAWAT: Lee yang kini sedang dirawat di Taiwan sedang berehat dan beransur pulih, semasa perlawanan menentang Tommy Sugiarto dari Indonesia di pertandingan Badminton Terbuka Malaysia di Kuala Lumpur pada 30 Jun 2018.
SEDANG DIRAWAT: Lee yang kini sedang dirawat di Taiwan sedang berehat dan beransur pulih, semasa perlawanan menentang Tommy Sugiarto dari Indonesia di pertandingan Badminton Terbuka Malaysia di Kuala Lumpur pada 30 Jun 2018. - Foto AFP

JAGUH badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei, menghidap barah hidung tahap awal.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan hal itu menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Twitter pemain badminton itu hari ini (22 September).

Menurut kenyataan itu, Lee kini sedang mendapatkan rawatan di Taiwan.

Menerusi kenyataan itu juga, Presiden BAM, Dato' Sri Norza Zakaria, berkata:

"Saya gembira untuk memaklumkan kepada anda bahawa rawatan itu berjalan lancar dan beliau kini sedang berehat serta beransur pulih di samping keluarga dan rakan terdekatnya.

"Bagi pihak Chong Wei, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua warga Malaysia atas doa dan ingatan anda. Sokongan andalah yang menjadi sumber kekuatannya."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg