Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ATLET BERMASALAH

Jaguh gusti Olimpik India didakwa bunuh pesaing gusti

Oct 15, 2022 | 05:30 AM



NEW DELHI: Pemenang pingat Olimpik dua kali dari India, Sushil Kumar (gambar), seorang atlet gusti, akan dibicarakan di mahkamah atas tuduhan membunuh seorang atlet gusti lain dalam satu pergaduhan di stadium tahun lalu.



Sushil dan 17 lagi orang didakwa di sebuah mahkamah Delhi pada awal minggu ini, lebih setahun selepas mereka ditangkap atas tuduhan membunuh seorang atlet gusti berusia 23 tahun, Sagar Dhankar.



Kededua Sagar dan Sushil; serta kumpulan penyokong masing-masing mempunyai sejarah permusuhan.



Mahkamah berkata penyiasat kes itu telah mengemukakan bukti yang mencukupi untuk memulakan prosiding bagi kes itu.



Buat masa ini, Sushil telah berkata beliau tidak bersalah dan mendakwa beliau menjadi mangsa penganiayaan polis.



Namun pihak pendakwa berkata atlet gusti berusia 39 tahun itu adalah dalang dalam kes pembunuhan yang telah mengejutkan peminat sukan itu di India apabila ia didedahkan pada Mei 2021.



Sushil telah dikenakan tuduhan membunuh, menculik, merusuh dan menggunakan senjata.



Dua orang lain yang turut dikenakan tuduhan telah melarikan diri dan masih lolos, kata pihak pendakwa.



Sushil ditangkap selepas operasi polis selama seminggu, menyusuli pergaduhan antara kededua atlet itu.



Pendakwa berkata Sushil dan seorang lagi individu memukul Sagar dan rakan-rakannya dengan senjata di luar sebuah stadium di Delhi dan membiarkannya di sana.



Beliau boleh dilihat melalui rakaman video - sedang menyerang atlet gusti lebih muda itu yang akhirnya meninggal dunia di hospital.



Pardeep Rana, seorang peguam yang mewakili Sushil, berkata kliennya itu telah ditangkap atas tuduhan yang telah diperbesar-besarkan dan pihaknya akan membuktikan tuduhan itu tidak bernas di mahkamah.



Sushil dianggap sebagai antara olahragawan terbaik India dan satu-satunya atlet yang telah memenangi dua pingat Olimpik dalam acara perseorangan - sebutir perak di Olimpik London pada 2012 dan sebutir gangsa di Olimpik Beijing pada 2008.



Beliau juga pernah mewakili India di pertandingan antarabangsa lain dan memenangi tiga pingat emas Sukan Komanwel dan pingat emas di Kejohanan Gusti Sedunia di Moscow, Russia, pada 2010.



Pada 2009, beliau diberikan anugerah tertinggi bagi seorang atlet di India. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >