Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

James Rodriguez kini di Qatar runding kelab baru

Sep 22, 2021 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Pemain midfield Everton James Rodriguez telah berangkat ke Qatar untuk berunding dengan sebuah kelab di sana yang ingin mendapatkan khidmatnya.



Kedudukan pemain berusia 30 tahun itu di Goodison Park kian tidak menentu selepas pengurus baru Rafael Benitez mengambil alih jawatan itu daripada Carlo Ancelotti.



Bekas pemain Real Madrid itu, yang menyertai Everton bagi bayaran yang rendah setahun yang lalu, belum lagi dimainkan oleh Benitez musim ini kerana mengalami isu berhubung Covid-19.



Beliau kali terakhir mewakili kelab itu dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) dengan Sheffield United pada 16 Mei lalu.



Jika beliau berpindah dari Everton, kelab itu boleh mengurangkan perbelanjaan untuk membayar gajinya.



Difahami, Rodriguez menerima gaji sekitar £200,000 ($350,000) seminggu.



Sebelum ini, Benitez telah meluahkan rasa tidak puas hati kerana tidak berkeupayaan membeli pemain baru kerana undang-undang kewangan yang dikenakan oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa).



Ditanya mengenai masa depan Rodriguez di kelab itu sebelum perlawanan dengan Burnley pada 11 September, Benitez berkata:



"Segala-galanya bergantung pada kehendak pemain. Sebahagian pasaran masih terbuka dan kita mempunyai masalah mengatasi cabaran undang-undang kewangan. Justeru, kita perlu mengambil kira setiap pilihan yang ada dan memandang ke hadapan."



Musim lalu, Rodriguez, yang pernah menyarung jersi Porto, Monaco dan Bayern Munich, muncul 26 kali bagi Everton dan menjaringkan enam gol. Beliau juga merintis sembilan gol bagi pasukan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >