PARIS: Bilakah kali terakhir kelab gergasi Barcelona mengalami kekalahan besar 0-4?

Ia sesuatu yang tentunya jarang-jarang berlaku, tetapi ia terjadi dinihari semalam apabila kecemerlangan Angel Di Maria - yang menyumbatkan dua gol hebat sempena hari jadinya - membantu Paris Saint-Germain (PSG) memusnahkan kelab gergasi La Liga itu 4-0 dalam pertemuan pertama pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara di Parc des Princes.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti