Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA NEGARA-NEGARA AFRIKA

Jaringan penalti Salah bantu Mesir kalahkan Ivory Coast, mara ke suku akhir

Jan 28, 2022 | 05:43 AM



DOUALA (Cameroon): Mohamed Salah menyempurnakan penalti penentuan , sekali gus mambantu Mesir menewaskan Ivory Coast dan mara ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika.



Bintang Liverpool itu menemui sasaran selepas pemain Ivory Coast Eric Bailly satu-satunya pemain yang gagal menjaringkan gol dalam sepakan penalti penentuan, di mana Mesir menang 5-4 selepas terikat tanpa jaringan sepanjang permainan 120 minit.



Mesir, juara yang memegang rekod tujuh kejuaraan benua itu, akan bertemu Maghribi di suku akhir di Yaounde Ahad ini.



Skuad Mesir kendalian Carlos Queiroz itu mara ke kelompok lapan terakhir walaupun menjaringkan hanya dua gol dalam empat perlawanan di Cameroon setakat ini.



"Kadang-kadang penalti adalah loteri, tetapi hari ini saya rasa pasukan terbaik di padang dihadiahkan penalti pada akhir permainan. Hari ini hari kami," kata Queiroz.



"Kami telah membuat persediaan rapi sejak perlawanan terakhir kami. Kami mengulangi apa yang telah kami lakukan sewaktu latihan.



"Kami menguasai perlawanan dan memberi sepenuh tumpuan dalam perlawanan ini. Kami merupakan pasukan yang terbaik dengan banyak peluang jaringan."



Ini adalah pertembungan ke-11 antara dua negara itu dalam Piala Negara-Negara Afrika dan Mesir hanya tewas sekali kepada Ivory Coast.



Turut melangkah ke peringkat suku akhir ialah pasukan Equatorial Guinea, yang mengejutkan Mali 6-5, juga menerusi penalti penentuan selepas terikat 0-0 di Limbe.



Konfederasi Bolasepak Afrika (CAF) mengesahkan dua perlawanan terakhir yang dijadualkan di Stadium Olembe di Yaounde akan dipindahkan ke Stadium Ahmadou Ahidjo selepas insiden yang mengorbankan nyawa lapan penonton sebelum aksi antara Cameroon dan Comoros. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >